Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kira-kira lima juta pemandu daripada golongan berpendapatan sederhana (M40) dijangka turut menerima manfaat menerusi Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah berkenaan merupakan tambahan penerima PSP daripada 2.9 juta penerima daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
"Mengikut pengumuman Bajet (Belanjawan 2020) Jumaat lalu, jika sebelum ini kita gunakan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan 2.9 juta penerima dikenal pasti, apabila dibuka kepada golongan lain termasuk M40, dianggarkan (penerima) menjadi kira-kira lapan juta dengan membabitkan jumlah RM2.2 bilion," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu mengenai kesediaan kerajaan untuk melaksanakan inisiatif subsidi petrol bersasar.
Jumaat lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 mengumumkan kelompok yang tidak tergolong dalam B40 juga boleh menikmati subsidi berkenaan melalui Kad95 yang akan diberikan kepada mereka yang layak – berpendapatan kurang RM4,000, tetapi tidak tersenarai dalam BSH.
Saifuddin Nasution berkata mekanisme untuk mengenal pasti lima juta penerima yang layak itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Tenaga Nasional Bhd.
Menjawab soalan tambahan Dr Yii sama ada nilai subsidi itu akan dinaikkan jika terdapat peningkatan minyak mentah dunia, Saifuddin Nasution berkata nilai itu akan berubah jika terdapat perubahan iklim ekonomi dunia.
"Ketika membuat perancangan libat urus dengan pemain industri sudah tentu kita menjangkakan kedudukan harga minyak mentah dunia pada ketika itu berada pada US$50 hingga US$60 setong, bertindak daripada panduan itu, apabila berlaku perubahan iklim politik dunia dan berlakunya kenaikan, kerajaan akan melakukan 'adjustment' mengikut keadaan ketika itu," tambahnya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]