Berita

Unjuran harga minyak dalam Belanjawan 2020 lebih realistik - ocbc



KUALA LUMPUR, 11 Okt -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd menyifatkan Belanjawan 2020 bersandarkan unjuran harga minyak mentah Brent yang lebih realistik iaitu pada US$62 setong berbanding US$72 setong sebelum ini.

Pakar Ekonominya, Selena Ling berkata hasil petroleum juga diunjur berkurangan kira-kira RM50.5 bilion iaitu kira-kira dua peratus lebih rendah daripada jangkaan RM 51.4 bilion pada tahun ini, tidak termasuk dividen bayara sekali sebanyak RM30 bilion.

"Mengambil kira jumlah hasil lebih rendah sebanyak RM244.5 bilion berbanding RM261.8 bilion pada 2019, bagaimanapun, sumbangan bahagian hasil petroleum kepada jumlah itu masih tinggi secara relatifnya pada 20.7 peratus berbanding kira-kira 18 peratus sebelum ini.

"Nisbah sumbangan petroleum yang masih tinggi itu mungkin bukan satu isu sekarang berikutan unjuran harga minyak mentah yang lebih rendah. Namun, ini sebaliknya akan menjadi tumpuan sekiranya harga minyak terbukti tidak sebegitu memberangsangkan bagi tempoh sepanjang 2020," katanya.

Ling berkata salah satu perkara yang mungkin menjadi tumpuan pasaran selepas mengambil kira pengumuman menerusi Belanjawan 2020 itu adalah unjuran pertumbuhan lebih tinggi untuk 2020 pada 4.8 peratus yang meningkat daripada semakan 4.7 peratus pada 2019.

Dari segi konteks, unjuran secara konsensus itu adalah pada 4.3 peratus manakala OCBC Bank menjangkakan sekitar 4.2 peratus.

Menurutnya, Menteri Kewangan juga tidak menyatakan secara jelas bagaimana sasaran pertumbuhan itu dapat dicapai namun bank tersebut berpendapat ini akan banyak bergantung kepada sokongan penggunaan domestik.

Beliau berkata, kerajaan juga telah meningkatkan peruntukan bagi subsidi dan bantuan sosial sebanyak 2.6 peratus kepada RM24.2 bilion dari segi bantuan kebajikan, bantuan tunai, pendidikan manakala paras gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,200 sebulan bagi bandar-bandar utama pada 2020 berbanding RM1,100 pada masa ini.

"Secara keseluruhannya, walaupun langkah sedemikian dapat membantu menampung perbelanjaan swasta yang menjadi komponen penting ekonomi iaitu hampir 60 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dari segi perbelanjaan, saya berpendapat sasaran pertumbuhan itu masih sukar untuk dicapai.

"Ini kerana walaupun penggunaan swasta diunjur berkembang secara kukuh, namun komponen lain yang menyumbang kepada ekonomi mungkin tidak sebegitu memberangsangkan," katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]