Berita

Pico Hydro menang cabaran perniagaan MTDC 2019



Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Penjanaan tenaga hidroelektrik kurang daripada 5,000 watt seliter, yang dibangunkan oleh kumpulan Pico Hydro daripada Univerisiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), memenangi tempat pertama dalam Cabaran Perniagaan MTDC 2019.

Kumpulan mahasiswa itu menewaskan 30 pasukan pelajar lain dari universiti awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti, yang mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM XCITE) dar 12 hingga 15 Okt.

Pemenang menerima hadiah berupa pembiayaan pembangunan produk bernilai RM10,000 bersama perkhidmatan perundingan MTDC. 

Ketua Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata inovasi yang diketengahkan tahun ini merupakan projek yang memberi manfaat kepada masyarakat, seperti yang dibangunkan oleh kumpulan PICO HYDRO.

"Inovasi tidak semestinya teknologi yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) atau yang memerlukan peralatan yang canggih dan mahal, malah apa sahaja teknologi yang memberi kelebihan kepada komuniti turut dikategorikan sebagai inovasi.

"Sebagai contoh, jika inovasi kita memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman, ia tidak perlu teknologi yang tinggi...Apa yang penting ialah inovasi yang ringkas, mudah diselenggara, tidak kompleks, dan harga mampu milik," katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis penutupan Cabaran Perniagaan MTDC 2019 2019 di sini hari ini.

Katanya projek PICO HYDRO merupakan salah satu inovasi yang perlu diketengahkan dan dikomersilkan memandangkan ia mempunyai banyak kelebihan dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Sementara itu, pengarah UTM XCITE Profesor Madya Dr Mohd Zaidi Abd Rozan berkata program ini mendukung usaha dan minat pelajar yang mempunyai semangat untuk membangunkan inovasi dan teknologi di peringkat awal.

"Ia juga menjadi platform pemecutan ke arah pengkomersilan bagi produk dan inovasi oleh pelajar institusi pengajian tinggi serta memupuk semangat usahawan muda.

"Kita bukan memberi penekanan untuk mendapatkan keuntungan bagi projek yang dibangunkan, tetapi fokus kita tahun ini lebih kepada memberi bantuan atau manfaat kepada mereka (komuniti) yang memerlukan," katanya.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]