KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Syarikat yang menjalankan aktiviti pajakan solar akan diberi Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) serta pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun di bawah Belanjawan 2020, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
"Kami mahu mencapai matlamat untuk menjana 20 peratus daripada penggunaan tenaga negara menggunakan sumber yang boleh diperbaharui menjelang 2025," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini.
Lim menambah pada tahun lepas, kerajaan secara signifikan telah meluaskan lagi senarai aset mesra alam GITA di bawah direktori MyHijau.
Sementara itu, melalui Kontrak Prestasi Tenaga (EPC), pendahuluan modal pelaburan ke dalam peralatan penjimatan tenaga bagi bangunan kerajaan akan dibayar balik melalui penjimatan kos utiliti yang dicapai.
Pada 2020, kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan EPC untuk bangunan kerajaan, dengan memberi keutamaan kepada hospital dan institusi pendidikan.
Pada masa yang sama, kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan sistem pembelian tenaga semasa ke arah pasaran borong pada masa akan datang, sebagai sebahagian daripada liberalisasi pasaran elektrik.
Pembekal tenaga boleh diperbaharui juga akan dapat bersaing secara langsung di pasaran runcit, katanya.
Beliau menegaskan pasaran elektrik yang lebih telus dan berdaya saing akan mampu memastikan kos elektrik untuk pengguna di Malaysia sentiasa lebih rendah .
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]