KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Pelaksanaan kontrak prestasi tenaga (EPC) oleh kerajaan dijangka meningkatkan keyakinan pemilik bangunan sektor swasta untuk mengguna pakai model EPC, kata Cenergi SEA Sdn Bhd, anak syarikat tenaga boleh baharu (RE) milik penuh Khazanah Nasional Bhd.
Dalam Belanjawan 2020, kerajaan akan meningkatkan pelaksanaan EPC ke atas bangunan kerajaan, dengan memberi penekanan ke atas hospital dan institusi pendidikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cenergi Ernest Navaratnam berkata langkah baharu itu menunjukkan sokongan dan komitmen berteruan kerajaan dalam memperjuankan kelestarian dan merangsang pertumbuhan industri RE.
"Cenergi terus menajdi penyokong padu model EPC, yang bukan sahaja menjimatkan kos untuk pelanggan tanpa memerlukan bayaran pendahuluan, bahkan dapat mengurangkan jejak karbon secara menyeluruh,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Kerajaan juga melanjutkan Elaun Cukai Pelaburan Hijau dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau sehingga 2023, yang akan memberi manfaat kepada syarikat dan perniagaan RE di Malaysia, sekali gus membantu negara merealisasikan matlamatnya untuk menjana 20 peratus tenaga daripada sumber RE menjelang 2025, kata Ernest.
Mengulas keputusan keajaan untuk menukar mekansime perjanjian pembelian tenaga (PPA) semasa kepada pasaran borang pada masa depan, beliau berkata langkah itu akan membolehkan pembekal RE bersaing secara langsung dalam pasaran runcit.
"Perubahan dalam sistem PPA kepada persaingan langsung dalam pasaran runcit, akan meningkatkan daya saing dan ketelusan dalam pasaran RE.
“Justeru semua penggiat industri akan dapat bersaing secara langsung dan memilih projek pilihan mengikut minat pelaburan masing-masing,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]