Berita

Seoul menang anugerah antarabangsa C40 untuk projek tenaga boleh baharu

SEOUL, 11 Okt -- Kerajaan metropolitan Seoul memenangi anugerah antarabangsa untuk projek tenaga boleh baharu yang dilaksanakan negara itu sebagai langkah menangani perubahan iklim, lapor agensi berita Yonhap.

Kemudahan penjanaan tenaga solar, dikenali "Solar City Seoul," dipilih memenangi kategori Tenaga Boleh Baharu bagi anugerah C40 Cities Bloomberg Philanthropies. 

Ketua ibu pejabat perubahan iklim alam sekitar kerajaan tempatan Kim Eui Seung menghadiri majlis anugerah itu di Sidang Kemuncak Datuk Bandar Sedunia C40 di Copenhagen, Denmark pada Khamis.

Sidang kemuncak itu mengumpulkan pemimpin perubahan iklim untuk kumpulan bandar raya C40, yang ditubuhkan pada 2005 dengan dianggotai lebih 90 bandar-bandar besar dari seluruh dunia.

Enam pemenang lain termasuk Guangzhou China untuk Teknologi Hijau, Accra, Ghana (Penglibatan Masyarakat) dan Kolkata, India (Mobiliti Hijau).

Ia adalah kejayaan kedua Seoul sejak 2014.

Pada November 2017, kerajaan tempatan memperkenal pelan bandar solar untuk meningkatkan sektor tenaga solar di kediaman dengan menambah kapasiti 1 gigawatt menjelang 2022.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]