Senarai Berita

Maxis lancar khidmat pertama pengkomersailan NB-IoT Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Maxis mengumumkan pelancaran khidmat pengkomersial Objek Rangkaian Internet Jalur sempit (NB-IoT) pertama Malaysia yang menawarkan keupayaan seperti 5G, walaupun untuk aplikasi jalur lebar yang lebih rendah.


Usaha sama ECRL dengan firma China tidak timbulkan ancaman keselamatan - MRL

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia akan menjadi pemilik 100 peratus bagi kesemua aset projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan usaha sama dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) tidak akan menimbulkan sebarang ancaman kepada keselamatan negara, demikian menurut Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).


HSS Engineers sasar peluang luas di rantau ASEAN

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Perunding kejuruteraan dan pengurusan projek, HSS Engineers Bhd menyasarkan peluang luas di rantau ASEAN khususnya Indonesia dan Filipina, selain di India.


Handal akan beli 51 peratus kepentingan dalam BSOE berharga RM25.5 juta

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Handal Resources Bhd merancang untuk membeli 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Borneo Seaoffshore Engineering Sdn Bhd (BSOE) pada harga  RM25.5 juta.


PUCM memeterai perjanjian kerjasama dengan Persatuan Tenaga China

Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM), Shandong Province Electric Power Enterprise Association dan Guangdong Energy Association telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dalam sektor tenaga.

Petronas terokai tenaga boleh diperbaharui dengan M+

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memulakan penerokaan antarabangsa dalam tenaga boleh diperbaharui apabila mengambilalih Amplus Energy Solutions, yang juga dikenali sebagai M+.


Tenaga boleh baharu bantu peralihan Malaysia daripada bahan api fosil - MIDA

Tenaga boleh baharu dijangka memainkan peranan penting dalam usaha Malaysia untuk beralih daripada bahan api fosil, serta menerima komitmen global mengenai perubahan iklim dan kelestarian, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).


Nextgreen, Nomura dan IHI bakal muktamadkan perjanjian

Nextgreen Global Bhd, Nomura Holdings Inc dan IHI Corporation meneruskan perbincangan bagi memuktamadkan perjanjian yang akan membawa kepada usaha sama untuk membangunkan Green Technology Park in Pahang (GTPP) serta projek berpotensi yang lain di Negeri Sembilan dan Sarawak.

Unit MHB dan Hiap Seng peroleh projek dari Petronas

Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) serta rakan usaha samanya, Hiap Seng Engineering Limited, memperoleh perjanjian perkhidmatan induk bagi pemulihan bersepadu mekanikal utama dan penyelenggaraan statik dari Petronas.

Firma O&G jadi pilihan pencari kerja di Sarawak - kaji selidik

Syarikat minyak dan gas kekal menjadi  industri pilihan utama dalam kalangan pencari kerja di Sarawak yang berdaftar dengan JobStreet.com, menduduki dua tempat teratas dalam kedudukan berkenaan.



    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]