Berita

Syarikat China, Sarawak meterai MoU untuk membangunkan kompleks O&G bersepadu



KUCHING, 10 Jun (Bernama) -- Dua syarikat China, Beijing BECA Sci-tech Co Ltd dan Sinopec Engineering Inc, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri Sarawak untuk melabur sebanyak US$5 bilion (US$1=RM4.16) untuk pembangunan kompleks minyak dan gas (O&G) di Lawas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata dasar O&G Sarawak mengalu-alukan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan sektor O&G di negeri tersebut.

"MoU ini merupakan langkah yang baik untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan kami dalam sektor ini," katanya pada majlis menandatangani perjanjian tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri Industri dan Pembangunan Usahawan, Presiden BECA Sci-Tech Beijing Hao Liang dan Naib Presiden Sinopec Engineering Zhao Xiangdong.

Hao berkata MoU itu merupakan peristiwa penting dalam projek pembangunan petrokimia.

"Untuk memastikan projek itu beroperasi secepat mungkin dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak, BECA akan memastikan industri itu ditambah baik, menjadikannya lebih kukuh dan lebih besar, dan pada masa yang sama bekerja bersama dengan rakyat Sarawak untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik," katanya.

Projek usaha sama itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai suku keempat tahun ini dan dijangka siap pada 2022.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]