KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Hampir 80 peratus penduduk di Malaysia bersetuju minyak sawit merupakan pilihan lebih sihat berbanding minyak soya, menurut hasil tinjauan Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI.
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Serba Dinamik Holdings Bhd telah memeterai kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka untuk meneroka peluang di Melaka berkaitan dengan minyak dan gas, kejuruteraan dan kerja-kerja awam serta projek pembinaan dan pembangunan.
Pelaburan yang tidak mencukupi telah dibuat dalam projek minyak dan gas semasa harga minyak rendah terutamanya dalam projek yang memerlukan tempoh yang panjang, menurut Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Peruntukan awal daripada kerajaan negeri berjumlah RM50 juta telah diluluskan untuk bekalan elektrik sambungan grid ke 113 sekolah di bawah Projek Transformasi Luar Bandar kerajaan Sarawak menjelang 2020.
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) hari ini mengulangi komitmennya kepada Malaysia membabitkan usaha pemprosesan bagi pelupusan nadir bumi mengandungi bahan radioaktif semula jadi (NORM) di Australia.
KLANG, 24 Jun (Bernama) -- Sebuah kilang memproses plastik haram di sini yang masih beroperasi walaupun pernah disita lima kali oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) akhirnya ‘lumpuh’ apabila bekalan elektrik ke premis itu dipotong serta merta hari ini.
Malaysia aktif melaksanakan pembaharuan dalam pasaran tenaga untuk meningkatkan daya tarikan negara sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan tenaga, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, hari ini.
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerajui kajian menyeluruh industri dengan pelbagai agensi dalam usaha mewujudkan Kertas Putih Minyak, Gas, Tenaga dan Alam Sekitar bagi Landskap Tenaga Masa Depan Malaysia.
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Keputusan Moody’s Investors Service menurunkan penarafan penerbit domestik dan mata wang asing senior tidak bercagar Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada A2 daripada A1 tidak semestinya tepat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Keupayaan Malaysia dari segi pembuatan terbukti berkembang sejak negara ini memulakan era perindustrian pada awal 1980-an dan terus pesat sehinggakan dikenali sebagai hab elektrikal dan elektronik (E&E) untuk pelbagai syarikat multinasional global.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]