KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Keputusan Moody’s Investors Service menurunkan penarafan penerbit domestik dan mata wang asing senior tidak bercagar Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada A2 daripada A1 tidak semestinya tepat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata keputusan agensi penarafan tersebut tidak akan menjejaskan operasi syarikat pengeluar minyak negara, dan Moody’s bebas membuat penilaian mereka.
“Tetapi, apa yang kita lihat, (berdasarkan apa) yang Petronas sedang buat sekarang ini, kita yakin ‘penurunan’ itu tidak akan menjejaskan progres Petronas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Minyak dan Gas (AOGC) 2019 hari ini.
Moody’s turut mengubah unjuran Petronas kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’ dan ia menjelaskan bahawa metrik kredit syarikat minyak negara kekal kukuh, namun diberikan penarafan yang lebih disebabkan semakan semula metodologi silang sektor.
Ia turut melaporkan bahawa hubungan rapat antara kerajaan Malaysia (stabil A3) dan Petronas, berdasarkan metodologi yang disemak semula itu, tidak boleh menyokong penarafan bagi Petronas, iaitu dua kedudukan lebih tinggi berbanding negara Malaysia.
Hubungan Petronas dengan Malaysia mewujudkan potensi campur tangan kerajaan yang mungkin mempunyai kesan negatif terhadap profil perniagaan atau aliran tunai syarikat.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]