Berita

Peruntukan RM50 juta bagi elektrik sambungan grid ke sekolah luar bandar



KUCHING, 24 Jun (Bernama) -- Peruntukan awal daripada kerajaan negeri berjumlah RM50 juta telah diluluskan untuk bekalan elektrik sambungan grid ke 113 sekolah di bawah Projek Transformasi Luar Bandar kerajaan Sarawak menjelang 2020.

Menteri Utiliti Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata kementeriannya akan meneruskan projek menghubungkan 92 sekolah luar bandar berikutan kelulusan untuk kemasukan daripada Kementerian Pendidikan persekutuan.

“Kami harap Kementerian Pendidikan akan mempercepatkan perkara ini supaya pelaksanaannya dapat dimulakan segera dan pelajar serta guru di kawasan luar bandar terbabit dalam menikmati bekalan tenaga yang boleh dipercayaai dan pada harga yang mereka mampu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sambungan ke 21 buah sekolah bantuan kerajaan dirancang tahun ini dengan kerja mengukur dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad.

Sekolah terbabit ialah SK St Philip Bugu (M) di Serian; SJK (C) Chung Hua Bangkong, SK St Dunstan (M), SK St Leo Gayau (M), SK St Martin (M) di Sri Aman; SK St Barnabas, SK St. John Nanga di Betong; SK St Michael Plassu di Roban; SK St Mark (M), SK St Matthew Sekuau (M) di Selangau; SJK Liang Hua, SJK Ming Wok di Kanowit; SJK San San, SK St Luke di Dalat; SK St Pius Long San di Baram, SK Ng Entuloh, SK Ng Mujong, SK Lubok Mawang, SK Ng Meluan, SK Ng Tiau, SK Sg Menuan di Kapit.

“Kami juga menggesa kerajaan persekutuan supaya menyalurkan pembiayaan bagi membolehkan kira-kira 200 lagi sekolah di luar bandar dirancang secara berperingkat untuk mendapatkan bekalan sambungan grid,” katanya.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]