Berita

TNB: 85 peratus aduan peningkatan caj bil elektrik selesai



KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kira-kira 85 peratus daripada lebih 18,000 aduan serta maklum balas pengguna seluruh negara sepanjang April dan Mei lalu berkenaan peningkatan caj bil elektrik telah diselesaikan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif  Tenaga Nasional Berhad (TNB) Amir Hamzah Azizan berkata pihaknya akan cuba menyelesaikan semua aduan yang berbaki lebih 3,000 secepat mungkin.

“Kita lihat ada kemajuan dari segi penyelesaian (aduan) dan memberi tumpuan kepada siasatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB 2019 di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai penalti yang akan dikenakan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada TNB, Amir Hamzah berkata beliau masih belum meneliti perkara itu.

"Buat masa ini saya tidak melihat benda (perkara) itu lagi... Kita perlu faham apakah isu sebenarnya dan bagaimana nak pantau, itu fokus saya, namun apa yang penting, kita selesaikan masalah pengguna terlebih dahulu.

"Setakat ini, berdasarkan sisatan yang kita jalankan, jika didapati peningkatan caj bil berpunca daripada pihak TNB, kita akan pulangkan dengan mengkreditkan semula ke akaun pengguna," tambahnya.

-- BERNAMA

 


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]