KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Gudang Produk Polimer di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) telah diiktiraf sebagai “gudang berautomasi terbesar” di negara ini oleh Malaysia Book of Records.
Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata gudang yang mempunyai ciri-ciri inovasi teknologi Sistem Perolehan Semula dan Penyimpanan Automatik (ASRS) dan gudang sepenuhnya automatik yang pertama di Asia Tenggara yang dibina untuk industri petrokimia.
“Ia dilengkapi sepenuhnya untuk menyokong kapasiti pengeluaran petrokimia tahunan PIC dalam memenuhi permintaan petrokimia yang semakin meningkat di rantau ini, iaitu kemudahan yang terbesar dan yang tertinggi di Malaysia, berukuran lebih 40 meter tinggi, 134 meter lebar dan 171 meter panjang.
“Gudang itu juga berkeupayaan untuk menampung inventori simpanan 21 hari atau 127 kilo tan metrik produk polimer, dan berkedudukan baik untuk menyokong pengeluaran tahunan PIC yang dijangka sebanyak 3.3 juta tan metrik setahun bagi produk petrokimia apabila kompleks itu beroperasi sepenuhnya,” katanya.
Naib Presiden Kanan dan Keua Pegawai Eksekutif Petronas Refinery dan Petrochemical Corporation Sdn Bhd Dr Colin Wong Hee Huing berkata dengan pengiktirafan terbaru itu, PIC telah memperolehi sembilan rekod kebangsaan dalam pelbagai kategori.
“Kami juga digalakkan untuk menyaksikan penyerahan produk polimer pertama untuk pasaran tempatan, dengan kumpulan produk polietilena densiti rendah dan polipropilena yang akan dihantar ke Batu Pahat,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]