ALOR SETAR, 25 Sept (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh diperbaharui (RE), BDB Energy Sdn Bhd (BDB Energy) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Pumar Solar Power Sdn Bhd (PSP) selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka industri tenaga solar di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB), mengukuhkan komitmennya terhadap tenaga boleh baharu (TBB) dengan bekerjasama untuk meneroka dan membangunkan inisiatif tenaga mampan.
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2023 selama dua hari anjuran Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang berakhir pada 29 Ogos, menyaksikan ia berjaya menjana perbincangan dan pengetahuan yang bermakna untuk menghasilkan penyelesaian yang komprehensif dan strategik kepada beberapa isu rumit berkaitan peralihan tenaga global.
SIBU, 18 Sept (Bernama) -- Pelet kayu berpotensi menjadi sumber tenaga boleh baharu untuk menjana grid elektrik Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) komited dalam memastikan terus berada di landasan tepat untuk membuka peluang kerjasama peralihan lebih terperinci dalam ruang tenaga dengan minyak dan gas menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya.
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Majlis Industri Tenaga (EIC) telah menyuarakan kebimbangan bahawa sasaran Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang tahun 2050 berkemungkinan akan ditangguhkan.
KOTA SAMARAHAN, 11 Sept (Bernama) -- Perancangan jangka masa panjang Sarawak untuk membekalkan tenaga elektrik ke Singapura bagi tujuan komersial tidak akan menjejaskan keperluan elektrik domestik di negeri ini sama sekali, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi.
JELEBU, 7 Sept (Bernama) -- Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi di sini menjadi pusat penyelidikan pertama menggunakan panel solar dengan sasaran penjimatan hingga RM6.7 juta bagi tempoh 20 tahun bermula 2024.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB GENCO) sedang meneroka potensi pembangunan projek Fotovolta Solar Terapung (FSPV) merentasi empangan hidroelektrik dan tadahan di Perak.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Malaysia tidak menolak penjanaan tenaga nuklear tetapi perlu membuat pertimbangan lanjut sebelum mengintegrasikannya ke dalam campuran tenaga negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]