Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Photo: JaPen
SIBU, 18 Sept (Bernama) -- Pelet kayu berpotensi menjadi sumber tenaga boleh baharu untuk menjana grid elektrik Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Katanya beliau tertarik dengan idea tersebut semasa lawatannya ke sebuah kilang di Norway baru-baru ini, tempat serpihan kayu dikumpul dan dijadikan pelet kayu yang kemudiannya boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga sehingga 2,500 megawatt.
Bercakap pada sambutan ulang tahun ke-63 Chiang Hsia Huang Clan Association Sarawak Tengah di sini malam semalam, Abang Johari berkata dengan menggunakan teknologi yang sama, sisa daripada industri perkayuan Sarawak boleh dikitar semula menjadi tenaga.
Beliau berkata Sarawak sedang melakukan yang terbaik untuk mengawal atau mengurangkan pelepasan karbonnya dan telah mula mengkaji penggunaan kenderaan pengangkutan awam dijana hidrogen.
Sambutan itu turut dihadiri Konsulat Republik Rakyat China di Kuching, Xing Wei Ping dan pengerusi persatuan tersebut Wong Ing Huon.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.
Daripada Anas Abu Hassan
DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.
© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]