KOTA SAMARAHAN, 11 Sept (Bernama) -- Perancangan jangka masa panjang Sarawak untuk membekalkan tenaga elektrik ke Singapura bagi tujuan komersial tidak akan menjejaskan keperluan elektrik domestik di negeri ini sama sekali, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi.
Beliau berkata Sarawak akan turut meletakkan syarat antaranya kadar tarif elektrik yang jauh lebih tinggi terhadap Singapura bagi memastikan pelan jangka masa panjang itu menjadi sumber ekonomi yang menguntungkan kepada negeri dan juga Malaysia.
“Ketiadaan elektrik di kawasan di negeri ini melibatkan kawasan perumahan baharu dan off-grid areas. Kerajaan Sarawak menerusi Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) sedang giat menyediakan elektrik di kawasan sebegini.
“Jadi jangan risau, perjanjian bekalan elektrik ini (Sarawak-Singapura) tidak menjejaskan keperluan domestik kita kerana bekalan elektrik kita mencukupi malah berlebihan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Akreditasi Kursus Rekabentuk Sistem Solar Photovoltaic Unit Menrinyu Elektrik (EIU) di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Julaihi berkata pembinaan kabel dasar laut sepanjang 700 kilometer yang melibatkan perairan Malaysia dan Indonesia bertujuan menyalurkan elektrik dari negeri itu bakal ditanggung sepenuhnya oleh Singapura.
Setakat Mei lepas, jumlah kapasiti penjanaan tersedia negeri ini yang sebanyak 5,745 megawatt adalah mencukupi bagi menampung permintaan semasa iaitu 4,627 megawatt.
Sebelum ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak bersetuju untuk membekalkan tenaga elektrik ke Singapura dengan kapasiti 1,000 megawatt menerusi kabel dasar laut dan rundingan bersama negara jiran itu kini berada di peringkat lanjutan.
Menurutnya, selain Singapura, Sarawak Energy Bhd turut mengadakan rundingan bersama Brunei bagi mengeksport tenaga elektrik.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB), mengukuhkan komitmennya terhadap tenaga boleh baharu (TBB) dengan bekerjasama untuk meneroka dan membangunkan inisiatif tenaga mampan.
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2023 selama dua hari anjuran Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang berakhir pada 29 Ogos, menyaksikan ia berjaya menjana perbincangan dan pengetahuan yang bermakna untuk menghasilkan penyelesaian yang komprehensif dan strategik kepada beberapa isu rumit berkaitan peralihan tenaga global.
SIBU, 18 Sept (Bernama) -- Pelet kayu berpotensi menjadi sumber tenaga boleh baharu untuk menjana grid elektrik Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]