Floating Solar Photovoltaic (FSPV). TNB Careline fb
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB GENCO) sedang meneroka potensi pembangunan projek Fotovolta Solar Terapung (FSPV) merentasi empangan hidroelektrik dan tadahan di Perak.
Pihak-pihak berkenaan telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tujuan meneroka pembangunan FSPV dalam kawasan operasi Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi membuka laluan kepada negeri tersebut untuk memupuk kemajuan alam sekitar, sejajar dengan rancangan Perak Sejahtera 2030.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu kenyataan hari ini berkata negeri itu komited kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang menyasarkan untuk mencapai kapasiti tenaga boleh diperbaharui (RE) sebanyak 70 peratus menjelang 2050.
“Ini adalah usaha menyokong Pelan NETR bagi Flagship – Zon Tenaga Boleh Baharu yang diterajui oleh TNB bagi pembangunan solar terapung dengan potensi kapasiti keseluruhan 2,500 MW di empangan-empangan hidro TNB dalam penjanaan elektrik merangkap stor simpanan,” katanya.
Kerjasama itu memberi tumpuan kepada aspek utama seperti penerokaan tenaga solar di Empangan Sg Perak untuk memanfaatkan sumber TBB.
Ketua Eksekutif PKNPk Datuk Redza Rafiq berkata TNB GENCO dan PKNPk akan membuat kajian kebolehlaksanaan dalam jangka masa yang ditetapkan sebagai pelopor kepada projek itu.
“Memandangkan pelaburan yang besar diperlukan, aspek kritikal mesti dikenal pasti, selain kerjasama dengan agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan adalah penting,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]