JELEBU, 7 Sept (Bernama) -- Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi di sini menjadi pusat penyelidikan pertama menggunakan panel solar dengan sasaran penjimatan hingga RM6.7 juta bagi tempoh 20 tahun bermula 2024.
Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan Dr Azhar Hamzah berkata kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat GSPARX Sdn Bhd akan memasang panel solar yang boleh menjana tenaga sebanyak 572 kilowatt di bumbung bangunan IPP berkenaan.
Katanya, penjimatan penggunaan panel solar itu bagi tahun pertama nanti dianggarkan berjumlah RM130,000 berbanding kos utiliti bulanan RM50,000 sebulan di IPP berkenaan.
"Kos pemasangan serta penyelenggaraan panel solar itu akan ditanggung sepenuhnya oleh TNB. Pengenalan panel solar dalam industri perikanan dijangka dapat menggalakkan aktiviti penyelidikan dan penternakan di kawasan yang sukar mendapat bekalan elektrik," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Terbuka IPP Glami Lemi ke-66 dan Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Solar (SARE) antara Jabatan Perikanan Malaysia dengan TNB melalui anak syarikat GSPARX Sdn Bhd di institut itu di Titi, Jelebu hari ini.
Katanya, usaha ini bagi menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui hingga 20 peratus daripada kapasiti keseluruhan penjanaan tenaga elektrik menjelang 2025.
Beliau berkata selain menjimatkan kos utiliti ditanggung kerajaan, penggunaan tenaga solar dapat diteruskan di IPP ini sekiranya bekalan elektrik terputus berlaku di bangunan itu.
Dalam pada itu, bersempena dengan ulang tahun IPP Glami Lemi ke-66 yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1957 yang dikenali sebagai Tropical Fish Culture Research Institute (TFCRI) di Melaka sebelum berpindah di negeri ini, IPP itu telah berkembang maju dalam penyelidikan ternakan ikan air tawar di negara ini.
"Aktiviti penyelidikan dan pemindahan teknologi telah dilaksanakan selama ini dapat mengeratkan hubungan antara jabatan perikanan bersama penternak dan pengusaha akuakultur yang menjadi tulang belakang dalam menyumbang kepada bekalan ikan di negara ini," katanya.
IPP Glami Lemi berperanan dalam membangunkan baka bagi spesies bernilai tinggi melalui teknik akuakultur. Penyelidikan terhadap ikan air tawar membabitkan beberapa spesies seperti koi, kelah, patin buah, krai, temoleh dan baung perlu dilakukan berterusan berikutan permintaan tinggi di pasaran.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB), mengukuhkan komitmennya terhadap tenaga boleh baharu (TBB) dengan bekerjasama untuk meneroka dan membangunkan inisiatif tenaga mampan.
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2023 selama dua hari anjuran Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang berakhir pada 29 Ogos, menyaksikan ia berjaya menjana perbincangan dan pengetahuan yang bermakna untuk menghasilkan penyelesaian yang komprehensif dan strategik kepada beberapa isu rumit berkaitan peralihan tenaga global.
SIBU, 18 Sept (Bernama) -- Pelet kayu berpotensi menjadi sumber tenaga boleh baharu untuk menjana grid elektrik Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]