KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB), mengukuhkan komitmennya terhadap tenaga boleh baharu (TBB) dengan bekerjasama untuk meneroka dan membangunkan inisiatif tenaga mampan.
Dalam kenyataan hari ini, SDP berkata kedua-dua pihak akan meneroka potensi perkongsian usaha sama bagi menyelaras penyelesaian bumbung solar dalam perbandaran dan pembangunannya.
Menurutnya projek perintis solar bagi kediaman itu antaranya melibatkan pemajakan ruang bumbung atau pelaksanaan penyelesaian bumbung solar kepada 1,000 hartanah sedia dan akan datang di Bandar Elmina dan perbandaran lain.
Pengarah Urusan Kumpulan SDP Datuk Azmir Merican berkata kerjasama ini menggambarkan strategi syarikat dalam membangunkan portfolio yang mampan dan berdaya maju secara komersial untuk meneraju peralihan industri hartanah domestik kepada TBB.
“Ini juga menandakan komitmen kami untuk mengurangkan jejak karbon syarikat dan memainkan peranan kami dalam agenda hijau negara,” katanya.
SDP berkata MoU itu juga akan menyaksikan kedua-dua pihak meneroka pelaksanaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik dalam perbandaran dan/atau pembangunan oleh kumpulan itu.
“Kedua-dua rakan strategik ini juga akan bekerjasama dalam meninjau penyelesaian mikrogrid di perbandaran, taman perindustrian dan bank tanah SDP,” katanya.
Azmir berkata TBB bukan sahaja melibatkan penjanaan elektrik bagi menangani isu sumber yang terhad berikutan ia turut melibatkan pemupukan minda yang memberikan perhatian kepada kepentingan alam sekitar dan sosial.
“Dengan meneruskan inisiatif berfokuskan kemampanan, kami akan menyokong usaha Malaysia bagi mencapai matlamat tenaga bersih dan mendukung matlamat kami sebagai pengganda nilai kepada masyarakat, perniagaan, ekonomi dan planet,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.
Daripada Anas Abu Hassan
DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.
© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]