Senarai Berita

Anak syarikat handal resources dapat kontrak selenggara kren luar pesisir

#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Handal Resources Bhd, Handal Offshore Services Sdn Bhd, telah mendapat kontrak daripada Repsol Oil and Gas Malaysia Ltd bagi menyediakan perkhidmatan pembaikian dan penyelenggaraan membabitkan 19 kren luar pesisir pantai yang terletak di luar Semenanjung Malaysia. 


Loji perintis pengeluaran hidrogen Sarawak dijangka beroperasi pada 27 Mei

#SayangiMalaysiaku  #SetahunMalaysiaBaharu

Ujian dan pengoperasian loji perintis pengeluaran hidrogen Sarawak dan stesen mengisi bahan api itu dijangka siap pada 27 Mei, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.


Kajian awal ECRL di Jelebu akan dilakukan tidak lama lagi

#SayangiMalaysiaku#SetahunMalaysiaBaharu

Kajian awal pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Jelebu akan dilakukan tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pembuat keputusan telekom global yakin dengan prospek perniagaan 5G

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pembuat keputusan telekom global yakin dengan prospek perniagaan 5G dan telah melangkah ke hadapan secara agresif dengan pelan mengatur kedudukan, menurut laporan dikeluarkan Vertiv, sebuah syarikat berasaskan teknologi Amerka Syarikat (AS), bersama dengan firma penganalisis teknologi, 451 Research.


Bil Elektrik Tinggi: Lebihan caj dikredit semula - TNB

MELAKA, 8 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengkredit semula lebihan caj pengguna meter pintar di negeri ini ke dalam bil elektrik pengguna tersebut sekiranya semakan mendapati berlaku lebihan caj.


EU, Perancis bukan musuh minyak sawit, kata duta

Oleh Nurul Hanis Izmir dan Nabilah Saleh

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) – Kesatuan Eropah (EU) dan Perancis bukan musuh minyak sawit dan kedua-dua pasaran itu akan terus terbuka menerima tanaman tersebut terutamanya sekarang dengan dasar-dasar berwibawa kerajaan Pakatan Harapan dalam melindungi alam sekitar. 


ECRL dijangka sumbang 2.7 peratus kepada pertumbuhan ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menelan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion dijangka menyumbang sebanyak 2.7 peratus kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, demikian menurut MIDF Research.


Bank Rakyat peruntuk RM200 juta untuk vendor OGSE

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) --  Bank Rakyat hari ini mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkhidmatan dan peralatan minyak (OGSE), menerusi program pembiayaan vendor.


Kerajaan perlu maklumat terperinci penolakan sisa radioaktif Lynas oleh Australia

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kerajaan perlu mendapatkan maklumat terperinci mengenai kenyataan kerajaan Australia Barat yang dilapor tidak mahu menerima sisa radioaktif daripada loji pemprosesan unsur nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, Kuantan.


Bumi Armada raih projek FPSO ketiga di India bernilai RM8.8 bilion

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Shapoorji Pallonji Bumi Armada Godavari Pvt Ltd (SPBAG), syarikat usaha sama yang Bumi Armada Bhd miliki 30 peratus kepentingan, telah memperoleh kontrak bernilai US$2.1 bilion (RM8.8 bllion) daripada syarikat milik kerajaan India, Oil and Natural Gas Corporation Ltd (ONGC).




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]