Berita

Pembuat keputusan telekom global yakin dengan prospek perniagaan 5G



KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pembuat keputusan telekom global yakin dengan prospek perniagaan 5G dan telah melangkah ke hadapan secara agresif dengan pelan mengatur kedudukan, menurut laporan dikeluarkan Vertiv, sebuah syarikat berasaskan teknologi Amerka Syarikat (AS), bersama dengan firma penganalisis teknologi, 451 Research.

Laporan itu hasil daripada kajian mendalam terhadap lebih daripada 100 pembuat keputusan telekom global yang terbabit dalam 5G dan mempunyai strategi serta perancangan mantap.

Sebanyak 12 peratus pengendali dijangka melancarkan perkhidmatan 5G pada 2019, dan tambahan 86 peratus dijangka menyampaikan perkhidmatan 5G menjelang 2021, kata laporan itu.

Ia berkata perkhidmatan permulaan akan memberi tumpuan kepada menyokong perkhidmatan data sedia ada (96 peratus) dan perkhidmatan pengguna baharu (36 peratus).

Sepertiga responden (32 peratus) dijangka menyokong perkhidmatan perusahaan sedia ada dengan 18 peratus mengatakan mereka berharap untuk menyampaikan perkhidmatan perusahaan baharu.

"Oleh kerana rangkaian terus berkembang dan liputan lebih meluas, 5G sendiri akan menjadi penggerak penting bagi penggunaan kelebihan baharu yang memerlukan jalur lebar tinggi, penghantaran kadar kependaman data yang rendah, seperti realiti maya dan tambahan, penjagaan kesihatan digital, dan rumah pintar, bangunan, kilang dan bandaraya," kata laporan itu.

Sementara itu, di Asia, pengendali yakin bahawa mereka telah bersedia untuk menggunakan 5G dalam beberapa tahun akan datang, kata pengarah kanan Vertiv Asia untuk telekom Danny Wong.

"Tetapi dengan realiti yang semakin berkembang ini turut disertai cabaran baharu, termasuk peningkatan penggunaan tenaga, kesediaan infrastruktur sedia ada dan keterlihatan, serta kemampuan laman web. 

"Terdapat lebih banyak keperluan mendesak bagi pengendali telekom untuk mengenal pasti dan menggunakan penyelesaian tenaga dan inovatif tenaga yang cekap serta inovatif untuk menjadikan 5G satu realiti," katanya.

Laporan itu berkata bagi menyokong perkhidmatan 5G, syarikat telekomunikasi memperbanyakkan penggunaan laman pengkomputeran yang mempunyai kelebihan pelbagai akses (MEC), membawa keupayaan pengkomputeran awan terus ke rangkaian akses radio.

Katanya, 37 peratus responden berkata mereka sudah menggunakan infrastruktur MEC sebelum penggunaan 5G, sementara 47 peratus lagi berhasrat untuk menggunakan MEC.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]