Berita

Bumi Armada raih projek FPSO ketiga di India bernilai RM8.8 bilion



KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Shapoorji Pallonji Bumi Armada Godavari Pvt Ltd (SPBAG), syarikat usaha sama yang  Bumi Armada Bhd miliki 30 peratus kepentingan, telah memperoleh kontrak bernilai US$2.1 bilion (RM8.8 bllion) daripada syarikat milik kerajaan India, Oil and Natural Gas Corporation Ltd (ONGC).

Dalam kenyataan hari ini, Bumi Armada berkata kontrak bagi tempoh sembilan tahun itu bagi pajakan sewaan dan operasi pengeluaran, penyimpanan dan kapal pemindahan terapung  (FPSO)

“ FPSO akan beroperasi di  lapangan ONGC NELP Block DWN 98/2 Development Cluster-II, terletak di pesisir pantai barat Kakinada, India,” kata penyedia perkhidmatan dan fasiliti tenaga luar pesisir itu.

ONGC diberi pilihan untuk melanjutkan kontrak itu sehingga tujuh tahun pada asas tahunan. Jika dilaksanakan sepenuhnya, pelanjutan itu akan bernilai kira-kira US$655 juta (RM2.7 bilion), kata syarikat itu.

Rakan kongsi Bumi Armada dalam SPBAG ialah Shapoorji Pallonji Oil & Gas Pte Ltd (SPOGPL) of India, yang memegang baki 70 peratus kepentingan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Bumi Armada Leon Harland berkata: “Usaha sama dengan  SPOGPL merupakan kerjasama yang amat berjaya, ini merupakan projek FPSO ketiga kami bersama-sama di India dan yang keempat kesemuanya. Ini merupakan hasil positif untuk kumpulan dan projek ini menambah nilai untuk Bumi Armada lebih berkembang lagi.”

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]