KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kerajaan perlu mendapatkan maklumat terperinci mengenai kenyataan kerajaan Australia Barat yang dilapor tidak mahu menerima sisa radioaktif daripada loji pemprosesan unsur nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, Kuantan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini, pihaknya perlu berbincang dengan kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengenai perkara itu.
Semalam sebuah portal berita tempatan melaporkan Menteri, Perlombongan, Petroleum, Tenaga dan Hubungan Industri Australia Barat, Bill Johnston sebagai berkata Australia tidak akan mengambil sisa itu dari luar negara sementara mengakui cara terbaik melupuskan sisa itu adalah dengan mengembalikan ke tempat asalnya.
Bulan lepas, Timbalan Menteri MESTECC Isnaraissah Munirah Majilis memaklumkan menterinya Yeo Bee Yin telah mengutus surat kepada pihak Australia pada 26 Feb lepas untuk bekerjasama dalam memastikan sisa buangan Lynas Malaysia Sdn Bhd dikembalikan ke negara itu.
Kerjasama itu bagi mencari jalan dalam usaha memudahkan proses pengeluaran sisa “Water Leached Purification” (WLP) yang dihasilkan kilang Lynas, yang sepatutnya dihantar ke Australia sebelum September ini sebagai sebahagian daripada syarat pelesenan operasi syarikat itu.
Selain WLP, loji Lynas turut menghasilkan sisa ”non-radioactive neutralisation underflow (NUF)”. Sehingga Disember 2018, jumlah sisa WLP yang terkumpul di kemudahan Lynas adalah 451,564 tan metrik sementara sisa NUF terkumpul adalah sebanyak 1.113 juta tan metrik.
Sementara itu ketika ditanya mengenai pembaziran makanan percuma kepada gelandangan sekitar ibu kota, Dr Wan Azizah menggesa pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya tidak tertumpu pada satu tempat sahaja untuk melakukan kebajikan.
“Kita tidak mahu menggalakkan pembaziran pada bulan puasa atau bukan bulan puasa, itu antara isu yang perlu ditangani. Sebab itu kita adakan 'food bank' (bank makanan) dan tidak mahu membazir. Kalau boleh 'distribute' (edar) ke tempat lain (tempat yang lebih memerlukan). Jangan 'concentrate' (tumpu kepada) satu tempat sahaja.
“Carilah mereka yang memerlukan...seperti di masjid-masjid dan tempat yang tidak dapat makanan,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]