Berita

Anak syarikat handal resources dapat kontrak selenggara kren luar pesisir



 

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Handal Resources Bhd, Handal Offshore Services Sdn Bhd, telah mendapat kontrak daripada Repsol Oil and Gas Malaysia Ltd bagi menyediakan perkhidmatan pembaikian dan penyelenggaraan membabitkan 19 kren luar pesisir pantai yang terletak di luar Semenanjung Malaysia. 

Kontrak selama tiga tahun itu telah bermula pada 10 April 2019 dengan opsyen lanjutan selama setahun, kata Handal Resource dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan itu menganggarkan jumlah agregat nilai kontrak adalah di antara RM20 juta dan RM25 juta tetapi materialisasi daripada jumlah nilai agregat akan bergantung kepada jadual aktiviti Repsol serta jadual pembaikian dan penyelenggaraan memandangkan penganugerahan kontrak itu dibuat berdasarkan kepada ketersediaan kerja.

"Pengurusan beranggapan bahawa kontrak ini sebagai satu pencapaian kepada Handal Resources, ketika kami berusaha membangunkan kumpulan dan memantapkan kedudukannya dalam segmen kren luar pesisir," kata Pengarah Urusan Handal Resources, Sunildeep Singh Dhaliwal. 

Beliau menambah bahawa pelan pemulihan dalaman kumpulan masih diteruskan.

"Bagaimanapun, kami akan terus mencari kontrak-kontrak baharu untuk mengoptimumkan pendapatan syarikat," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]