KUCHING, 9 Mei (Bernama) -- Ujian dan pengoperasian loji perintis pengeluaran hidrogen Sarawak dan stesen mengisi bahan api itu dijangka siap pada 27 Mei, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata negeri itu juga telah memperoleh tiga bas menggunakan tenaga kuasa hidrogen sebagai sebahagian projek perintisnya itu dan penyelidikan untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam hijau.
”Saya telah bercakap mengenai Sarawak mengeluarkan hidrogen sebagai (sumber) tenaga hijau alternatif kerana negeri kita kaya dengan sumber air yang boleh ditukarkan menjadi hidrogen untuk kegunaan pengangkutan awam malah untuk eksport.
“Kami menjalin usaha sama dengan Linde Group, syarikat gas perindustrian terkemuka dunia, dan Hydrogenics, syarikat penjanaan hidrogen berasaskan elektrolisis air terkemuka dunia, bagi projek ini,” katanya dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
Abang Johari berkata Sarawak mempunyai semua kelebihan dalam menghasilkan bahan api hidrogen daripada air pada kos lebih rendah dengan menggunakan tenaga hijau seperti tenaga hidro.
Dengan kemajuan teknologi, beliau berkata negeri tidak lama lagi akan dapat mengeksport hidrogen ke negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, Korea Selatan dan Jepun yang kini menghasilkan kenderaan menggunakan kuasa hidrogen.
Beliau yakin ia akan menjadi sumber hasil masa depan negeri ini, sama seperti eksport gas asli cecair.
Dari tahun 2013 hingga 2017, 6,500 kereta menggunakan kuasa hidrogen telah dijual di seluruh dunia, kata Abang Johari.
Mengenai cadangan projek Transit Aliran Ringan (LRT), beliau berkata kerajaan negeri akan meneruskan kajian teknikal terperinci berhubung pelaksanaan Fasa Satu, meliputi kawasan paling padat di Kuching dan Samarahan, menggunakan pilihan teknologi yang paling sesuai.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]