KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bank Rakyat hari ini mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkhidmatan dan peralatan minyak (OGSE), menerusi program pembiayaan vendor.
Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof berkata memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Bank Rakyat dan Petronas akan meningkatkan lagi modal kerja dan aliran tunai vendor dalam menyelesaikan kontrak yang diberikan oleh Petronas.
"Pakatan strategik ini juga akan memastikan kejayaan kontrak yang dilaksanakan melalui pengurusan kukuh kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat," katanya dalam ucapan sempena penandatangan MoU hari ini.
Beliau berkata Bank Rakyat, agensi di bawah kementerian berkenaan, akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada vendor OGSE sehingga RM10 juta kepada PKS yang layak, yang telah memperoleh kontrak dari Petronas dan mematuhi penilaian kredit bank itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan Bank Rakyat Abdul Razak Abu Bakar berkata RM200 juta itu diperuntukkan untuk fasa pertama dan akan ditambah jika permintaan meningkat.
"Sebelum MoU ini, sejumlah RM15 juta dikeluarkan kepada tujuh vendor dalam sektor OGSE, dan menerusi kerjasama baharu dengan Petronas, kami berhasrat untuk melihat peningkatan," katanya sambil menambah vendor mesti dilantik secara rasmi oleh Petronas .
Beliau berkata selepas perjanjian dengan Petronas, Bank Rakyat sedang berusaha melaksanakan struktur yang sama untuk vendor syarikat berkaitan kerajaan, terutama Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Bhd.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]