KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai jenama minyak dan gas (O&G) paling kukuh dunia untuk tahun ketiga berturut-turut, demikian menurut laporan tahunan Brand Finance 2022 mengenai jenama paling bernilai dan kukuh bagi sektor itu.
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Signify Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Philips Lighting, telah melancarkan 90 produk di bawah rangkaian jenama ECOLINK yang juga penyelesaian pencahayaan terkini dan disertakan dengan VoltSafe Technology untuk mengekang berlakunya lonjakan arus voltan secara mengejut.
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Masyarakat perlu berhemah dalam menggunakan elektrik dengan sentiasa memantau penggunaan tenaga di rumah serta memilih peralatan elektrik cekap tenaga dalam situasi kos penjanaan elektrik yang kian meningkat, menurut pakar.
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus komited untuk membina rantaian bekalan elektronik yang berdaya tahan dan mampan di Malaysia dan dalam kalangan negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membangunkan satu lagi projek penyambungan terus bekalan elektrik daripada Grid Nasional ke Pulau Pinang melalui penghantaran talian atas dari tanah besar Semenanjung.
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini memperkenalkan Gentari Sdn Bhd (Gentari) untuk mempercepatkan penggunaan dan pengkomersilan tenaga bersih.
KUCHING, 14 Jun (Bernama) -- Dasar kerajaan Sarawak mempromosikan tenaga hijau dan teknologi telah menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan menarik kepada pelabur.
GUA MUSANG, 12 Jun (Bernama) -- Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri bernilai RM5 bilion dijangka mula menjana elektrik pada pertengahan 2027 serta bakal meningkatkan kapasiti elektrik Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Semenanjung Malaysia, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Hong Seng Consolidated Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan EoCell Inc (EoCell) untuk membangunkan hab pembuatan bateri kenderaan elektrik (EV) dan penyelesaian simpanan tenaga (ESS).
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperuntukkan perbelanjaan modal yang lebih tinggi iaitu hampir RM60 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (TK2022), yang mana 10 peratus akan dibelanjakan untuk segmen bukan tradisional seperti bahan kimia khusus dan tenaga solar bagi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar menjelang 2050.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]