Berita

Signify lancar 90 produk pencahayaan ECOLINK, mampu kekang lonjakan arus

General Manager (from left) for National Distribution and Digital Commerce KVC, Rachel Foo; Country Managing Director KVC, Eddie Wong; Signify Malaysia Chief Executive Officer Sukanto Aich and Channel Leader Consumer of Signify Malaysia Esmond Tsang at the launching of Signify Ecolink.

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Signify Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Philips Lighting, telah melancarkan 90 produk di bawah rangkaian jenama ECOLINK yang juga penyelesaian pencahayaan terkini dan disertakan dengan VoltSafe Technology untuk mengekang berlakunya lonjakan arus voltan secara mengejut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Sukanto Aich berkata rangkaian ECOLINK itu mengetengahkan pelbagai pilihan daripada mentol LED, lampu bawah serta lampu penyangkut kalis air yang memenuhi semua jenis penggunaan dalam dan luar rumah.

“Rangkaian ECOLINK menawarkan ciri-ciri seperti tahan lama, selamat dan penyelesaian tenaga yang berpatutan bagi pelanggan Malaysia yang mengutamakan aspek nilai.

“Ia menampilkan rangkaian produk pencahayaan yang cekap tenaga, berkualiti dan komprehensif serta mendapat akreditasi SIRIM dan yang setara,” katanya pada majlis pelancaran ECOLINK bagi pasaran Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua produk ECOLINK itu turut didatangkan dengan VoltSafe Technology bagi memastikan perlindungan terhadap lonjakan arus tenaga 2.5 kilovolt dengan perlindungan voltan lebih meluas antara 160V dan 360V. 

Produk terbabit turut direka bagi mengurangkan ketidakselesaan mata dengan tiada sebarang kerlipan dan radiasi ultraungu serta infra merah selain disertakan dengan jaminan selama dua tahun.

“Sejajar dengan kedudukan sebagai syarikat 100 peratus neutral karbon, kami mahu melipatgandakan impak positif kami ke atas alam sekitar serta masyarakat. Produk ECOLINK dilengkapkan dengan usaha pemuliharaan tenaga baik di rumah mahu pun perniagaan," katanya.

Malah, produk-produk ECOLINK juga adalah jimat kos serta membantu menjimatkan tenaga sehingga 90 peratus.

Aich berkata, bagi memastikan produk baharu itu mudah dibeli oleh lebih ramai pelanggan di Malaysia, Signify telah menjalin kerjasama dengan KVC Industrial Supplies Sdn Bhd sebagai pengedar ECOLINK di negara ini.

Menurutnya, rangkaian pengedaran saluran omni KVC yang merangkumi platform dalam dan luar talian, akan membolehkan pelanggan mendapat akses mudah ECOLINK di serata Malaysia.

Sementara itu Pengarah Urusan Negara KVC Eddie Wong berkata rangkaian ECOLINK dijual di lebih 1,000 kedai di seluruh negara serta kedai secara dalam talian melalui kvc.com.my dan pasaran seperti Shopee dan Lazada. 

“Setakat ini, produk berkenaan dijual di lebih 1,000 premis tetapi kami mahu memanfaatkan lebih banyak peluang yang ada tidak kiralah di kedai lampu, kedai elektrik atau kedai perkakasan. Bagi kemajuan masa depan, kami akan terus mengembangkan rangkaian termasuk di kawasan pedalaman.

“Pada masa sama, kami juga sentiasa menilai rangkaian pengedaran di seluruh negara bagi kemudahan penawaran lebih banyak produk untuk para peruncit, pengguna serta ruang komersial," katanya.

-- BERNAMA 

 

 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]