Berita

TNB bangun projek perkukuh bekalan elektrik di Pulau Pinang



GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membangunkan satu lagi projek penyambungan terus bekalan elektrik daripada Grid Nasional ke Pulau Pinang melalui penghantaran talian atas dari tanah besar Semenanjung.

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Husaini Husin berkata projek untuk memperkukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang itu menelan belanja lebih RM500 juta dan dijangka siap menjelang hujung tahun 2024.

"Permintaan beban puncak di pulau ini pernah mencecah 777.85MW yang direkodkan pada Januari 2020 berbanding kapasiti sistem bekalan sedi ada sebanyak 1,130 MW. Kami mahu memastikan kapasiti ini stabil apabila Stesen Janakuasa (SJ) Gelugor tamat perkhidmatannya," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, projek berkenaan adalah bagi memastikan kapasiti sistem bekalan sedia ada tidak terjejas apabila satu-satunya stesen jana elektrik di pulau berkenaan iaitu SJ Gelugor dengan kapasiti penjanaan 300MW, dijadualkan tamat kontrak perkhidmatan pada akhir 2024.

Husaini berkata, Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek talian atas ini mengikut perancangan TNB berdasarkan unjuran permintaan bekalan elektrik di Pulau Pinang sehingga tahun 2030.

"Kerja-kerja fizikal yang merangkumi pembinaan tapak asas menara, pemasangan struktur menara serta kerja-kerja merentang pengalir dijangka bermula pada penghujung 2022," katanya.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]