MIDA Chief Executive Officer Datuk Arham Abdul Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus komited untuk membina rantaian bekalan elektronik yang berdaya tahan dan mampan di Malaysia dan dalam kalangan negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Arham Abdul Rahman dalam kenyataan hari ini berkata, MIDA akan menjalankan pelaburan yang berkualiti tinggi dan berpandukan teknologi untuk mendorong pembangunan sosioekonomi dan pertumbuhan perdagangan.
“Selain peserta industri tempatan, kami sedang memperluas manfaat ekosistem pembuatan kami terhadap perniagaan dan jenama global,” katanya semasa pelancaran SEMICON Asia Tenggara 2022.
Arham berkata pendigitalan dan mengembangkan permintaan pengguna terhadap elektronik akan memacu perubahan yang berterusan pada tahun-tahun akan datang berikutan peluang yang tidak terbatas.
“Seperti yang digariskan dalam inisiatif Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), terdapat ruang untuk kami berkembang.
“Membangunkan kluster dan inovasi baharu dalam bidang-bidang sedia ada akan mencipta pekerjaan berkemahiran tinggi, mengembangkan rantaian bekalan serantau dan global, serta meningkatkan usaha kami untuk menjalankan pembangunan sosioekonomi,” katanya.
Arham berkata Malaysia merupakan penempatan kepada lebih 5,000 pelabur dari lebih 40 negara.
“Pada suku pertama 2022, Malaysia terus menarik sejumlah RM42.8 bilion pelaburan diluluskan dengan industri elektrik dan elektronik (E&E) menyumbang RM19 bilion dan 13,700 peluang pekerjaan baharu," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kepentingan Pulau Pinang dalam industri E&E adalah diperakui memandangkan negeri itu menyumbang lebih lima peratus daripada jualan semikonduktor global, membentuk hampir 60 peratus daripada eksport E&E Malaysia.
“Dengan nilai eksport yang tinggi pada sepanjang masa bernilai RM364 bilion, Pulau Pinang mengungguli senarai negara pada 2021.
“Pulau Pinang turut dikenali sebagai hab serantau bagi pembuatan peralatan bahagian depan dan belakang, memenuhi keperluan industri E&E di sepanjang rantaian bekalan,” katanya.
SEMICON Asia Tenggara 2022, perhimpunan utama di rantau ini bagi industri semikonduktor dan mikroelektronik, diadakan mulai 21 hingga 23 Jun di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Pulau Pinang.
Bertemakan “Forward as One - Building A Resilient and Sustainable Electronics Supply Chain in Southeast Asia," program itu memperingati ulang tahun ke-50 kecemerlangan industri pembuatan di Malaysia dan meraikan reputasi Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur yang dibina berikutan kecemerlangan dalam industri pembuatan dan pengalaman industri selama beberapa dekad.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]