GUA MUSANG, 12 Jun (Bernama) -- Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri bernilai RM5 bilion dijangka mula menjana elektrik pada pertengahan 2027 serta bakal meningkatkan kapasiti elektrik Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Semenanjung Malaysia, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata projek itu berperanan sebagai penggerak utama peralihan industri tenaga negara dan mengukuhkan usaha memastikan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap untuk rakyat dan negara.
Katanya projek tersebut yang bakal menjana 300 megawatt (MW) telah diluluskan pelaksanaannya secara dasar oleh Kerajaan Persekutuan pada 2012 dan diluluskan kerajaan Kelantan pada Mac 2014.
"Projek yang mampu menjana tenaga serta merta ini boleh membantu memastikan kestabilan dan daya harap bekalan elektrik kepada Grid Nasional sekiranya berlaku gangguan dan bakal memberi manfaat besar kepada Kelantan.
"Projek berimpak tinggi ini dijangka dapat membantu kerajaan Kelantan meminima kesan fenomena banjir besar yang kerap melanda selain mengatasi isu pembekalan air bersih serta pengairan dan membuka peluang pekerjaan ketika pembinaan dan pelbagai potensi kegiatan apabila siap kelak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Pecah Tanah Projek Hidroelektrik Nenggiri yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata projek itu telah memasuki fasa pembinaan pada 1 Mac lepas dan pihaknya serta TNB sentiasa fokus untuk memaksimumkan manfaat projek itu, selain menjaga kepentingan perkampungan terlibat dan Orang Asli di sekitarnya.
"TNB bersama kerajaan negeri, jabatan serta agensi berkaitan akan melakukan penempatan semula beberapa penempatan Orang Asli yang terkesan berdasarkan keperluan perundangan dan persetujuan Orang Asli terlibat," katanya.
Menurutnya projek berkenaan membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Aspirasi Nasional iaitu mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan menetapkan sasaran sebanyak 40 peratus kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik menjelang 2035.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]