SHAH ALAM, 2 Nov (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan tenaga hidrogen mampu dimiliki pada harga 15 sen kilowatt per jam (kWj) menjelang lima tahun lagi bagi pasaran tempatan.
SUBANG, 1 Nov (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd, menerusi anak syarikat, Malakoff Radiance Sdn Bhd, mempercepat inisiatif peralihan tenaga selepas Perjanjian Pembelian Tenaga Solar yang ditandatangan dengan DRB-Hicom pada RM50 juta.
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd telah membuka kemudahan pembuatan baharunya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) sebagai antara pelan pelaburannya yang bernilai RM3 bilion.
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd telah memeterai perjanjian usaha sama (JV) dengan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd untuk membentuk syarikat JV, UPP Holdings Sdn Bhd.
SINGAPURA, 30 Okt (Bernama) -- Singapura dan Malaysia bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan meneroka dan mengkaji potensi penggunaan turbin angin pada masa depan, bagi mengembangkan portfolio tenaga boleh diperbaharui (RE) di negara ini.
IPOH, 19 Okt (Bernama) -- Pemberian rebat elektrik sehingga RM40 sebulan khusus kepada golongan isi rumah miskin tegar memperlihatkan keseriusan dan keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban kewangan golongan itu.
KOTA KINABALU, 19 Sept (Bernama) -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bakal melaksanakan pemasangan sistem penyimpanan tenaga menerusi bateri berkapasiti 100 megawatt (MW) sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah catuan bekalan elektrik.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) mesti menerima peralihan tenaga kerana ia akan membantu mereka menyelesaikan banyak isu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kebajikan golongan miskin tegar di negara ini terus menjadi keutamaan kerajaan menerusi pemberian rebat elektrik sehingga RM40 sebulan kepada golongan itu seperti pengumuman Belanjawan 2024, Jumaat lepas.
© 2023 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]