NABAWAN, 30 Sept (Bernama) -- Sebanyak 329 penduduk di Kampung Katalirus di sini, boleh menarik nafas lega apabila kini dapat menikmati bekalan elektrik boleh dipercayai selepas dilengkapi sistem tenaga solar disediakan oleh sebuah syarikat swasta, baru-baru ini.
Kimanis Power Sdn Bhd menyumbang 28 sistem tenaga solar sebagai sebahagian daripada program impak sosialnya pada 26 Sept lepas, melibatkan 25 rumah, sebuah dewan komuniti, sekolah dan gereja yang memberi kesan positif kepada penduduk.
Majlis berkenaan dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Kimanis Power Sdn Bhd Rozali Khamis dan disaksikan wakil dari Yayasan Sabah dan PETRONAS Gas Berhad, pegawai Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Pejabat Daerah Nabawan serta penduduk Kampung Katalirus.
Dalam kenyataan hari ini, Rozali berkata kehadiran tenaga solar adalah langkah penting untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan penduduk yang selama ini kekurangan akses kepada bekalan elektrik.
“Dengan pemasangan sistem solar ini, penduduk Kampung Katalirus dapat menikmati manfaat tenaga yang bersih dan lestari, yang akan meningkatkan lagi kualiti harian mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung di Kampung Katalirus Baginda Biong berkata penduduk sebelum ini bergantung kepada lampu minyak manakala mereka yang berkemampuan membeli generator diesel.
“Namun, dengan tenaga solar yang disediakan oleh Kimanis Power Sdn Bhd, penduduk kini mempunyai bekalan elektrik boleh dipercayai baik siang mahupun waktu malam,” katanya.
Program berkenaan adalah di bawah inisiatif 'Menerangi Kehidupan Rakyat Sabah’, bertujuan memperkasakan komuniti terpencil di Sabah dengan memudahkan akses kepada penyelesaian tenaga mampan, iaitu objektif meningkatkan kualiti hidup dan mempromosikan kelestarian alam sekitar.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]