KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air hari ini.
Pertemuan pada pukul 2.30 petang anjuran delegasi New Zealand itu berlangsung di sebuah hotel di sini, dengan perbincangan selama kira-kira sejam antara kedua-dua pihak menyentuh isu pengukuhan kerjasama dalam bidang berkaitan tenaga baharu.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Mad Zaidi Mohd Karli, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST) Datuk Abdul Razib Dawood dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Datuk Hamzah Hussin.
Terdahulu, Luxon yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari sejak Ahad, mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya semalam.
Mereka turut membincangkan pengukuhan kerjasama dalam pertukaran pelajar Malaysia-New Zealand serta industri halal serta bersetuju meningkatkan perdagangan dua hala sehingga 50 peratus.
Ini merupakan lawatan pertama Luxon ke Malaysia sejak memegang jawatan Perdana Menteri New Zealand pada November 2023.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]