KUCHING, 11 Sept (Bernama) -- Singapura berminat untuk mengukuhkan kerjasama dengan Sarawak, terutama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui kerana lokasinya yang strategik dan sumber asli yang luas, kata Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri Singapura Dr Tan See Leng.
“Sarawak dianugerahkan dengan sumber semula jadi yang banyak, terutamanya dalam tenaga boleh diperbaharui. Saya fikir ia adalah salah satu agenda utama yang akan kami bincangkan dengan lebih lanjut.
“Kami juga berharap perdagangan dua hala dan ketersambungan pelancongan akan terus berkembang, dan ada kerjasama langsung mengenai import tenaga boleh diperbaharui,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut lawatannya ke Sarawak, Dr Tan yang sebelum ini turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia adalah siri pertemuan yang sangat produktif.
“Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, saya menantikan satu siri penglibatan yang produktif antara pasukan kami dan mungkin menyediakan sesuatu untuk Pemukiman Pemimpin kami menjelang akhir tahun ini", tambahnya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]