KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Continental Tyre AS Malaysia Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Solarvest Holdings Bhd untuk pemasangan sistem fotovoltan (PV) atas bumbung berkuasa 618.75 kWp di kilang membuat tayarnya di Alor Setar, Kedah.
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengeluarkan Tinjauan Aktiviti 2024-2026, menggariskan aktiviti yang dirancang yang memerlukan kerjasama yang lebih baik dengan penyedia perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) untuk memastikan permintaan tenaga dipenuhi dan pada masa sama meningkatkan inisiatif tenaga bersihnya.
Daripada Ravichandran D.J Paul
TOKYO, 18 Dis (Bernama) -- Usaha menangani cabaran dan meraih peluang dalam tenaga bersih, di samping memastikan ‘peralihan yang saksama’, memerlukan sokongan menyeluruh terutama melibatkan pembiayaan, insentif, teknologi dan infrastruktur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA, 14 Dis (Bernama) -- Aspek pembangunan digital dan penggunaan tenaga boleh baharu merupakan antara fokus baharu yang perlu dititikberatkan menerusi kerjasama industri dan universiti sebagai manfaat jangka panjang.
KUCHING, 13 Dis (Bernama) -- Pelantikan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dilihat mampu memperkukuh lagi usaha Sarawak dalam agenda peralihan tenaga.
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan kenderaan elektrik yang kukuh setiap tahun dan kerajaan optimis momentum positif itu akan berterusan sehingga penghujung 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pakar penyelesaian tenaga mampan dan kejuruteraan, Kinergy Advancement Bhd (KAB) bekerjasama dengan pembekal baja terkemuka, Agromate Holdings Sdn Bhd untuk menerajui biotenaga atau tenaga boleh baharu (RE) merentasi kilang minyak sawit (POM).
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia menyasar untuk meneraju tanggungjawab ke arah masa depan tenaga lestari dengan mempelopori inisiatif menggalakkan pengelompokan biotenaga.
KOTA KINABALU, 9 Dis (Bernama) -- Projek Solar Berskala Besar (LSS) milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Beaufort akan mula beroperasi pada 23 Dis ini dan bakal menyumbang tenaga boleh baharu (RE) ke grid bekalan elektrik Sabah.
KUCHING, 9 Dis (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta pelabur antarabangsa yang mahu menanam modal di negeri itu memastikan usaha mereka mengambil kira tenaga hijau dalam jangka masa panjang.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]