Kredit: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)
KOTA KINABALU, 9 Dis (Bernama) -- Projek Solar Berskala Besar (LSS) milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Beaufort akan mula beroperasi pada 23 Dis ini dan bakal menyumbang tenaga boleh baharu (RE) ke grid bekalan elektrik Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar berkata LSS itu dikendalikan oleh Beura Energy East Sdn Bhd akan beroperasi dengan kekuatan 16,992 panel solar dan mencapai Tarikh Awal Operasi (IOD) dengan penjanaan sebanyak 6 megawatt-crete (MWc).
“Langkah ini akan membantu meningkatkan margin simpanan grid tenaga (elektrik) Sabah dan usaha ini sejajar dengan agenda kerajaan memperkasakan penjanaan tenaga yang lebih mesra alam.
“Ketika ini, Sabah mempunyai margin simpanan tenaga yang rendah iaitu 12.1 peratus menyebabkan bekalan elektrik kurang stabil,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata loji LSS itu adalah antara 10 syarikat pembida di bawah skim LSS1 dan LSS2 yang dianugerahkan kontrak dan menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) dengan SESB pada Ogos 2021.
Mohd Yaakob berkata kesemua syarikat yang dilantik sebagai pemaju LLS1 dan LLS2 juga akan mengoperasikan loji solar masing-masing bagi membantu menambah bekalan tenaga ke grid Sabah secara berperingkat hingga Jun 2024.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]