Berita

Malaysia kaji semula komitmen pengeluaran gas rumah hijau - MESTECC

Yeo Bee Yin (File pix)

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Malaysia akan mengkaji semula komitmen pengeluaran gas rumah hijau (GHG) yang diikrar pada Perjanjian Paris (PA) pada 2016, menurut Menteri Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Di bawah perjanjian itu, Malaysia komited untuk mengurangkan pelepasan GHG sebanyak 45 peratus menjelang 2030 sejajar dengan keluaran dalam negara kasar Malaysia 2005.

“Ketika ini kita telah mencapai 33 peratus dan amat mudah untuk mencapai 45 peratus komitmen menjelang 2030.

“Kami akan mengumumkan sama ada Malaysia akan mempertimbang untuk menambah baik atau mengkaji semula komitmen itu pada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang akan datang,” katanya pada Sidang Kemuncak CIMB: Kemampanan Bumi Yang Lebih Dingin di sini hari ini.

Perjanjian itu merupakan perjanjian alam sekitar multilateral di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC). Ia bertujuan memperkukuh maklum balas dunia berhubung ancaman perubahan iklim dari segi pembangunan mampan dan usaha mengurangkan kemiskinan.

Sasaran pengeluaran GHG Malaysia ditetapkan pada 35 peratus berasaskan tanpa syarat dan 10 peratus bersyarat apabila menerima dana pembiayaan iklim, pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti daripada negara-negara maju.

Yeo juga menggesa negara-negara maju untuk lebih bertanggung jawab dan mewujudkan matlamat yang agresif untuk memerangi perubahan iklim.

Beliau berkata negara-negara maju perlu lebih banyak menyumbang dalam pembinaan kapasiti dan komitmen kewangan pada masa akan datang berikutan negara-negara membangun yang masih perlu berkembang.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]