Trilliant Networks Inc chairman and chief executive officer Andy White
Credit: Enlit Asia 2024
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia akan menjadi negara utama di ASEAN dari segi peralihan tenaga dan grid pintar, dengan bantuan Tenaga Nasional Bhd (TNB), kata Trilliant Networks Inc.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trilliant Networks Andy White berkata kerjasama pihaknya dengan TNB sejak 2017 membantu mempercepat wawasan negara ke arah peralihan tenaga.
Beliau turut memuji pencapaian TNB yang menempatkan 4.5 juta meter pintar di seluruh Malaysia tahun ini, dalam perjalanan menuju visi berkenaan.
"TNB jauh di hadapan semua negara ASEAN lain seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand memandangkan negara-negara ini baru sahaja bermula.
"Saya sering memaklumkan saya menghantar wakil dari Amerika Syarikat dan Kanada untuk mempertimbangkan Malaysia sebagai yang pertama dalam peralihan tenaga, dan kami membantu serta bekerjasama (TNB) dengan pendekatan itu (ke arah peralihan tenaga)," katanya kepada Bernama semasa Enlit Asia 2024, di sini hari ini.
Trilliant bekerjasama dengan TNB untuk menyokong rancangan syarikat utiliti itu di seluruh negara untuk penggunaan meter pintar, di samping strategi memasuki pasaran secara bersama-sama untuk memacu inovasi dan memberi penyelesaian komunikasi pintar kepada utiliti di seluruh Asia Pasifik dan kawasan terpilih lain.
Kerjasama itu turut menyediakan sokongan kepada TNB untuk meneruskan penggunaan meter pintarnya, termasuk akses kepada teknologi rangkaian infrastruktur pemeteran termaju (AMI) Trilliant dan perjanjian penyelenggaraan dan sokongan selama lima tahun.
Mengulas mengenai kerjasama itu, White berkata Trilliant turut bekerjasama dengan pengeluar meter tempatan yang dipilih oleh TNB, dan syarikat itu akan mengenal pasti meter pintar terbaik untuk digunakan di Malaysia.
"Teknologi kami mempunyai kelajuan komunikasi subkitaran berkelajuan tinggi dan jalur lebar tertinggi.
"Oleh itu, pilihan TNB dengan kami adalah, syarikat itu boleh merendahkan harga untuk pengguna, dengan mempunyai pilihan pelbagai meter dan kos meter terendah," katanya.
Bertemakan "Membolehkan Peralihan Tenaga Pelbagai Dimensi di ASEAN," Enlit Asia 2024 mendapat inspirasi daripada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) Malaysia, yang menyediakan platform untuk perbincangan kritikal mengenai masa depan tenaga yang lestari di rantau ini dalam kalangan audiens peneraju industri, penggubal dasar dan kalangan pakar dalam rantaian bekalan kuasa dan tenaga.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]