MELAKA, 30 Sept (Bernama) -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengharumkan nama negara apabila merangkul Anugerah Pengurusan Tenaga bagi Bangunan dan Industri pada Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) 2024 di Vientiane, Laos hari ini.
Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin berkata kejayaan itu amat membanggakan apabila UTeM menjadi pilihan utama untuk mewakili Malaysia ke AEA 2024 dan memenangi anugerah tersebut.
"AEA merupakan anjuran Pusat Tenaga ASEAN dengan kerjasama negara anggota ASEAN dan merupakan pengiktirafan tertinggi bagi pencapaian serta amalan terbaik institusi serta organisasi dalam memacu agenda pengurusan tenaga lestari di peringkat serantau.
"Kejayaan ini dilihat dapat meletakkan UTeM sebagai universiti yang terkehadapan dalam bidang pengurusan tenaga lestari bukan hanya dalam negara malah diiktiraf di Asia Tenggara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Massila berkata UTeM juga komited untuk berinovasi dan menjadi peneraju serantau dalam bidang pengurusan tenaga lestari selain terus menyokong agenda pengurusan tenaga lestari pada masa depan sejajar dengan Lima Teras Strategik UTeM 2023-2025 dan agenda negara berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Sementara itu, Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kelestarian Global) UTeM Prof Madya Mohd Rahimi Yusoff berkata kejayaan UTeM itu amat penting bagi tujuan pengukuhan penjenamaan dan kedudukannya sebagai antara pakar rujuk terbaik dalam aspek pengurusan tenaga lestari.
Beliau berkata ia sekali gus membuka peluang lebih luas kepada UTeM untuk menjalin kerjasama strategik dengan organisasi peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa terutama penyelidikan yang berfokus dalam membantu dunia merealisasikan matlamat berkaitan SDG.
“Kami berharap pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada semua untuk terus memacu UTeM agar turut cemerlang dalam bidang lain sekali gus memantapkan usaha penyerlahan jenama UTeM,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]