Berita

Rakyat Malaysia Bakal Terima Manfaat Daripada Peralihan Tenaga Hijau -- Juwai IQI

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Peralihan kepada tenaga hijau meningkatkan permintaan terhadap mineral kritikal dan rakyat Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripadanya, demikian menurut analisis daripada kumpulan teknologi hartanah global, Juwai IQI. 

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kashif Ansari berkata peralihan kepada tenaga hijau tersebut adalah peluang untuk membina ekonomi Malaysia yang lebih kukuh memandangkan negara kaya dengan simpanan mineral kritikal.

Beliau berkata dengan lokasi strategik dan kekuatan industrinya, Malaysia boleh memanfaatkan permintaan terhadap sumber galian berkenaan.

“Rizab ‘unsur nadir bumi’ Malaysia boleh mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi dan pendapatan eksport. Syarikat di seluruh dunia juga teruja untuk mencari pembekal baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kashif berkata Malaysia mempunyai sumber mineral bernilai RM4.1 trilion termasuk RM745 bilion nadir bumi dan anggaran nilai mineral logam di Malaysia sahaja adalah RM1 trilion.

"Dengan meningkatkan lagi pemprosesan dan pembuatan mineral ini, Malaysia boleh mencipta pekerjaan baharu, memacu pertumbuhan ekonomi dan memastikan negara kekal kompetitif di peringkat global.

“Inisiatif kerajaan seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) membantu untuk merealisasikan sasaran ini," katanya.

Bagaimanapun, Kashif berkata menjadi pengeksport utama mineral kritikal juga mempunyai risiko dan ini termasuk kemusnahan alam sekitar jika industri ini tidak diuruskan secara lestari.

Menurut analisis Juwai IQI, dengan With smart investments and a focus on sustainability, Juwai IQI said Malaysia has the potential to help lead the global green energy revolution to create a brighter, wealthier future for its people.

Menurut analisis Juwai IQI, dengan pelaburan pintar dan fokus pada kelestarian,  Malaysia berpotensi untuk membantu memimpin revolusi tenaga hijau global bagi mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan kaya untuk rakyatnya.

Kashif berkata lonjakan mineral kritikal akan memberi impak yang besar terhadap pasaran hartanah Malaysia dengan jangkaan peningkatan permintaan terhadap ruang industri dan tanah di kawasan simpanan mineral, memacu pembangunan kediaman dan komersial yang baharu serta membantu meningkatkan permintaan hartanah dan nilai rumah.

Menurutnya peningkatan keperluan  untuk ruang industri memberi impak terhadap hartanah secara langsung.

“Perlombongan baharu dan pelaburan pemprosesan juga memacu pembangunan hartanah kediaman dan komersial di wilayah utamanya iaitu di Pahang, Perak dan Kedah kerana negeri-negeri tersebut kaya dengan simpanan mineral kritikal,” kata Kashif.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]