Berita

Malaysia Alu-alukan Sokongan Jepun Percepat Peralihan Tenaga -- Rafizi

JAKARTA, Aug 21 -- Economy Minister of Malaysia Rafizi Ramli (second, left) attending the Asia Zero Emission Community (AZEC) second ministerial meeting held here today. In 2022, Japan put forward the concept of AZEC as a platform aiming to achieve decarbonization while supporting fast growing economies in Asia. In December 2023, the first AZEC Leaders Meeting by 11 partner countries was held, and the AZEC Leaders' Joint Statement was adopted. --fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED

JAKARTA, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan sokongan dan kerjasama Jepun dalam mempercepat usaha peralihan tenaga negara kepada penyahkarbonan dan mencapai sasaran pelepasan gas rumah hijau (GHG) bersih-sifar menjelang 2050, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), yang bertujuan mempercepat peralihan tenaga mendapat inspirasi daripada Mesyuarat Peringkat Menteri Komuniti Pelepasan Sifar Pelepasan Asia (AZEC) yang julung kali diadakan tahun lepas.

“Kami menjangkakan sumbangan AZEC akan memainkan peranan penting memacu anjakan ke arah penyelesaian tenaga lebih mampan dan rendah karbon yang penting untuk masa depan rantau ini,” katanya pada sidang akhbar bersama selepas Mesyuarat Menteri AZEC Ke-2, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, mesyuarat yang baru berakhir itu telah mencapai objektifnya untuk mengukuhkan lagi kerjasama erat sedia ada, terutamanya meningkatkan tiga elemen penting iaitu keselamatan, kemampuan dan kemampanan.

Menurutnya, Malaysia, sebagai negara rakan AZEC, telah menyemak semula sasaran tenaga boleh baharunya, menyasar mencapai 70 peratus kapasiti dipasang menjelang 2050, peningkatan daripada sasaran sebelumnya sebanyak 40 peratus menjelang 2035.

Kerajaan Malaysia juga telah memulakan beberapa langkah utama, termasuk pelaksanaan projek solar secara meluas, penubuhan Energy Exchange Malaysia untuk menggalakkan jualan elektrik hijau rentas sempadan ke negara jiran, projek perdana NETR serta 50 inisiatif utama yang kini berada di landasan yang betul dan mencatatkan kemajuan yang baik.

Rang Undang-Undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) yang dijangka dibentangkan pada akhir tahun ini akan mengawal selia secara menyeluruh semua aspek CCUS.

Manakala Rang Undang-undang Perubahan Iklim yang dijangka dimuktamadkan menjelang Jun 2025, akan memperkenalkan mekanisme kritikal seperti penetapan harga karbon untuk menangani dan mengurangkan kesan perubahan iklim, katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata, Malaysia berbesar hati menjadi tuan rumah bersama mesyuarat tahun depan dengan Jepun di Kuala Lumpur selepas mendapat kelulusan pada dasarnya daripada Kabinet baru-baru ini.

“Mesyuarat 2025 ini bukan sahaja mempamerkan komitmen kami terhadap penyahkarbonan tetapi juga komitmen kami untuk menjadikan Malaysia sebagai hab tenaga di rantau ini,” katanya.

AZEC dilancarkan oleh 11 negara  pada 2023 sebagai platform untuk memajukan lagi penyahkarbonan di Asia ke arah matlamat keneutralan karbon sambil mencapai pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga, mewujudkan pelbagai laluan yang disesuaikan dengan keadaan setiap negara.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Plus Xnergy Sokong Dasar Percepat Penerimagunaan Solar Dalam Belanjawan 2025

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 harus merangkumi dasar yang lebih teguh dan fleksibel yang boleh membantu meningkatkan penerimagunaan tenaga solar dalam kalangan perniagaan dan pemilik rumah, demikian menurut Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd.


Pusat Data Google Malaysia Jadi Penanda Aras Kecekapan Penggunaan Tenaga, Air

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pusat data Google di Malaysia yang baharu akan menjadi penanda aras korporat bagi penggunaan tenaga dan air secara cekap, seiring dengan amalan terbaik ekonomi kitaran negara.


140 Kampung Di Sarawak Nikmati Bekalan Elektrik SARES Fasa 2

KUCHING, 30 Sept (Bernama) -- Sebanyak 140 kampung di pelbagai daerah di Sarawak yang melibatkan 2,755 rumah kini menikmati bekalan elektrik yang stabil menerusi projek Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES) Fasa 2. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]