BUTTERWORTH, 11 Julai (Bernama) -- Ahli MMC Group, Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia), kekal teguh dalam komitmen untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian tenaga yang inovatif melalui teknologi Gabungan Haba dan Kuasa (CHP).
Sistem CHP juga dikenali sebagai penjanaan bersama, mampu menghasilkan elektrik serta haba daripada satu sumber bahan api.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata teknologi ini amat bermanfaat untuk pelanggan sektor perindustrian yang memerlukan kedua-dua tenaga elektrik dan haba, seperti wap atau air panas.
"Gas Malaysia Energy Advance Sdn Bhd (GMEA), sebuah syarikat usaha sama antara Gas Malaysia dan Tokyo Gas Engineering Solutions Corporation (TGES), sedang menerajui perniagaan CHP. GMEA mengendalikan tiga loji dengan gabungan kapasiti bagi menjana 41.7 MW elektrik, 165 tph stim dan 1,684 kW air panas, berpotensi mengurangkan kira-kira 72,261 tan karbon dioksida setahun," katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan lawatan kerja penganalisis dan media ke kilang CHP Gas Malaysia di Perai, yang bertujuan untuk mendedahkan bagaimana loji itu menjana elektrik secara cekap dan menangkap haba buangan bagi menghasilkan terma yang berguna.
Ahmad Hashimi berkata sistem CHP diunjurkan untuk membuat sumbangan penting kepada ikrar kemampanan pelanggannya. Usaha ini mampu memupuk masa depan yang lebih hijau apabila industri memberi penekanan yang lebih besar terhadap penggunaan amalan perniagaan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, yang mana, selain meingkatkan kecekapan tenaga, CHP juga mengurangkan jejak karbon.
"Kami berbesar hati untuk menunjukkan loji CHP Perai kami kepada media serta rakan kongsi penganalisis, lawatan kerja ini bertujuan meningkatkan pemahaman mereka tentang perniagaan kami dan memupuk pendapat yang lebih bermaklumat, tepatnya mengenai CHP.
"Selain itu, ia membolehkan kami menangani sebarang ketidakpastian berkaitan perniagaan dan selari dengan jangkaan pihak berkepentingan kami," tambahnya lagi.
Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Korporat Gas Malaysia, Kamarul Ariffin Ibrahim berkata tujuan lawatan hari ini adalah untuk menerangkan bagaimana CHP beroperasi di loji Perai . "Gas Malaysia mempunyai tiga loji, dua di Perai dan satu di Shah Alam, Selangor," katanya kepada pemberita di loji Perai.
Strategi perniagaan 10 tahun Gas Malaysia, yang turut dikenali sebagai GM32, distrukturkan untuk memupuk pertumbuhan mampan jangka panjang, memastikan perniagaan serta operasi syarikat berkembang dengan cara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan daya maju ekonomi yang berterusan.
Penerokaan dalam CHP ini merupakan komponen utama strategi tersebut kerana ia memanfaatkan peningkatan permintaan industri selepas lebih banyak entiti perniagaan mula mengiktiraf faedahnya ke atas alam sekitar.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]