Berita

Penyertaan Malaysia Dalam Brics Tidak Jejas Sektor Elektrik Dan Elektronik Tempatan

Science, Technology and Innovation Minister Chang Lih Kang during a press conference after delivering his keynote address at the Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA), SME Conference 2024, today.

KULIM, 22 Jun (Bernama) -- Rancangan Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) tidak akan menjejaskan sektor elektrik dan elektronik (E&E) tempatan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata kesediaan Malaysia untuk menyertai kumpulan itu kerana ia dilihat akan memberi banyak manfaat kepada negara termasuk berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor E&E.

"Kita masih mengekalkan 'neutrality'...permintaan untuk sertai BRICS adalah untuk manfaat bersama sebab BRICS ada sembilan negara, merangkumi 45 peratus populasi dunia.

"Ini satu pasaran yang sangat besar dan kita harap kita dapat peluang untuk akses ke dalam pasaran ini…saya tak lihat menyertai BRICS sebagai menukar pendirian dalam bersikap neutral, kita masih neutral tetapi sertai BRICS untuk mendapat manfaat ekonomi," katanya ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Malaysia untuk menyertai BRICS.

Terdahulu beliau menghadiri program peluncuran Pusat Inovasi Teknologi Industri atau Industry Technology Innovation Centre (ITIC), perasmian Konsortium Penyelidikan Semikonduktor dan Akademi MIMOS di Kulim High-Tech Park dekat sini, hari ini.

MIMOS Berhad (atau MIMOS) adalah pusat Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia, agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

Lih Kang berkata penyertaan dalam blok ekonomi BRICS hanyalah salah satu penyertaan dalam platform multilateral selain Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan sebagainya.

"BRICS adalah salah satu platform multilateral yang kita (Malaysia) akan sertai...dan bukan sahaja Malaysia tetapi banyak negara turut berminat menyertai BRICS termasuklah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata pelancaran ITIC menandakan satu pencapaian besar dalam kemajuan industri teknologi.

"ITIC terdiri daripada empat pusat yang masing-masing dikendalikan oleh agensi di bawh MOSTI iaitu MIMOS yang memberi tumpuan kepada sektor E&E; MRANTI (mengkhususkan sektor Teknologi Dron dan Robotik); MIGHT (memfokuskan kepada Teknologi Bandar Pintar) dan MYSA (yang menumpukan pada Teknologi Angkasa atau Aerospace).

"Pelancaran hari ini mencerminkan komitmen MOSTI dalam mewujudkan sebuah ekosistem teknologi semikonduktor bagi memacu kedudukan Malaysia dalam sektor E&E di peringkat global," katanya.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]