Tenom Pangi Hydro Power Station (File pix)
KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Turbin pertama Stesen Hidroelektrik Tenom Pangi (SHTP) yang rosak akibat banjir besar dua tahun lepas dijangka pulih bulan depan.
Pengurus Besar Penjanaan Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) Addie Ahmad berkata kerja-kerja pemulihan termasuk pembersihan terowong dijangka siap hujung bulan ini, diikuti menyalurkan air sungai ke terowong sebelum memulakan putaran turbin.
Beliau berkata SESB sedang melaksanakan proses perlindungan cerun tetap di kawasan kritikal sepanjang jalan masuk ke stesen itu bagi memastikan kejadian tanah runtuh dapat dimitigasikan pada masa akan datang.
"SESB bersama kontraktor telah menggunakan kaedah yang tidak melibatkan sebarang aktiviti peletupan untuk tujuan penghancuran batu-batu besar bagi memudahkan proses pengalihan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Addie berkata kos pembaikan setakat ini mencecah RM60 juta dan SHTP yang mempunyai kapasiti penjanaan elektrik 66 megawatt (MW) dijangka beroperasi sepenuhnya November ini.
Beliau berkata mengikut perancangan asal, turbin pertama dijadualkan beroperasi pada Mac diikuti turbin kedua bulan ini dan turbin ketiga pada September.
Bagaimanapun, menurut Addie kerja-kerja pembersihan terowong air stesen itu sukar kerana dipenuhi tanah lumpur, batu besar dan longgokan kayu yang hanyut berikutan banjir besar.
"Lima pasukan sedang bertungkus lumus menempuh jarak lapan kilometer keseluruhan untuk pergi dan balik di dalam terowong bagi membersihkan lumpur, kayu yang masih terdapat di bahagian rumah kuasa dan tangki pusuan," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]