Berita

Kerajaan Perlu Teroka Penggunaan Tenaga Alternatif Murah Ganti Diesel - Abang Johari

Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg opens Asia Pacific Green Hydrogen Conference and Exhibition 2024 at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), today.

KUCHING, 10 Jun (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyarankan Kerajaan Persekutuan agar mencari dan meneroka tenaga alternatif yang murah serta mampan bagi menggantikan penggunaan diesel di seluruh Malaysia. 

Beliau berkata usaha jangka panjang itu akan turut menghapuskan subsidi diesel yang perlu ditanggung oleh negara. 

“Kalau (rakyat) masih menggunakan diesel dan minta subsidi, nanti bila harga naik rakyat minta lagi... jadi mengapa tiada tenaga alternatif supaya tidak perlu lagi guna diesel,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik  (APGH) 2024 di sini hari ini. 

Abang Johari berkata sebagai contoh, kerajaan boleh meneroka penggunaan tenaga boleh baharu seperti hidrogen yang giat dilaksana oleh Kerajaan Negeri Sarawak. 

Semalam, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam tadi.

Di bawah BUDI MADANI, bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

Pendaftaran bagi BUDI MADANI dibuka mulai 28 Mei lepas susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan sebanyak 30,000 pemilik kenderaan diesel menerima bantuan itu bermula hari ini. 

-- BERNAMA 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]