Science, Technology and Innovation Ministry
PUTRAJAYA, 8 JUN 2024 -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan Analisis Dinamik Permintaan bagi meneliti data permintaan dan penawaran dalam bidang Elektrik dan Elektronik (E&E).
MOSTI dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan klasifikasi bidang perincian dengan pengkhususan program pengajian berkaitan sektor E&E seperti elektrik, elektronik, mekatronik, kejuruteraan komputer dan mikroelektronik, kira-kira 6,600 graduan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dihasilkan di negara ini setahun.
"Namun, jumlah ini tidak mengambil kira purata graduan di peringkat diploma dalam bidang E&E yang memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat selanjutnya dalam pelbagai bidang kejuruteraan lain dengan nilai purata 3,000 graduan setahun," menurut kementerian itu.
MOSTI memaklumkan kajian itu telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bakat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dengan tumpuan kepada keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi (jurutera) melibatkan graduan dalam negara dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
Ia juga menyebut analisis dilaksanakan berikutan perkembangan sektor industri pembuatan terutamanya sektor elektrik dan elektronik telah bermula sejak 1970 dan sedang mengalami revolusi perubahan ke arah industri strategik dan berimpak tinggi menjelang 2030.
"Industri E&E dijangka mengalami evolusi perubahan teknologi yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan kelulusan sekurang-kurangnya di peringkat Ijazah Sarjana Muda (jurutera) bagi melaksanakan pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan(R&D) melibatkan reka bentuk dan fabrikasi komponen bernilai tinggi.
"Pada masa sama, Pelan Strategik Semikonduktor Nasional (NSS) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini turut menyasarkan tumpuan kepada rantaian bernilai tinggi dalam industri semikonduktor dengan nilai pelaburan sehingga RM500 bilion," menurut kenyataan itu.
MOSTI turut memaklumkan NSS memberi tumpuan kepada proses front-end dan aktiviti nilai tambah berteknologi tinggi terutama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk litar bersepadu (IC) dan fabrikasi wafer.
Menurutnya bagi menjayakan agenda ini, negara dilihat memerlukan 60,000 jurutera tempatan berkemahiran tinggi bagi tempoh 10 tahun akan datang.
MOSTI memaklumkan hasil daripada analisis berkenaan dilaksanakan dengan meneliti data permintaan dan penawaran dalam bidang E&E, memfokus kepada keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi (jurutera) melibatkan graduan dalam negara dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
"Data graduan dalam negara yang dianalisis berasaskan kepada maklumat Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) dari 2018 hingga 2022 dalam bidang pengajian kejuruteraan dengan pengkhususan kepada bidang perincian berkaitan E&E menunjukkan negara telah berjaya melahirkan purata sebanyak 24,700 graduan E&E setahun melibatkan pelbagai peringkat pengajian atau pendidikan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]