Berita

Majlis Tenaga Sabah Lulus Inisiatif Untuk Tingkatkan Margin Rizab Kuasa

Credit: Jabatan Ketua Menteri

KOTA KINABALU, 6 Jun (Bernama) -- Majlis Tenaga Sabah (MTS) telah meluluskan pelbagai inisiatif termasuk sumber tenaga boleh diperbaharui yang akan membantu mencapai dan mengekalkan kadar margin rizab kuasa 30 peratus, sekali gus menangani kekurangan tenaga di negeri ini.

Mesyuarat pertama  MTS hari ini, yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut bersetuju supaya kajian kebolehlaksanaan dijalankan ke atas sumber tenaga baharu, seperti angin, geoterma dan projek tenaga hidro kepala rendah rendam untuk meningkatkan campuran bahan api boleh diperbaharui di negeri ini.

Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan cadangan lain oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) termasuk lanjutan sementara loji janakuasa sedia ada yang berdaya maju, dan kuasa beli daripada loji biojisim.

Selain itu, cadangan itu melibatkan perolehan kapasiti kuasa dari Sarawak, melaksanakan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS), memperkenalkan loji janakuasa gas asli tambahan sebagai bahan api peralihan, dan menghidupkan semula loji Geoterma.

Menurut laporan penjanaan kuasa Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), beban puncak bagi grid kuasa Sabah dan Labuan semalam mencecah 1,136 megawatt (MW) pada 2.30 petang, dengan margin rizab kuasa 121 MW berbanding kapasiti penjanaan kuasa 1,257 MW.

Kenyataan itu  turut menekankan jangkaan penyiapan Pelan Induk Pembangunan Tenaga Hidro Sabah menjelang akhir tahun ini, satu langkah yang dijangka dapat memperkukuh usaha penjanaan kuasa negeri.

Selain itu, Kerajaan Negeri sedang meneroka teknologi inovatif seperti Reaktor Modular Kecil (SMRs) dan  penukaran tenaga haba lautan (OTEC) sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya.

Pelan ini terletak di bawah Rancangan Ekonomi Biru Sabah, berikutan penggubalan Enakmen OTEC 2024 di Dewan Undangan Negeri Sabah, baru-baru ini.

Terdahulu, Hajiji menekankan dedikasi kerajaan untuk memastikan masa depan tenaga mampan untuk Sabah melalui inisiatif seperti Pelan Hala Tuju dan Pelan Induk Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP-2040), yang dilancarkan pada 19 Sept tahun lepas.

Hajiji menekankan kepentingan tindakan kolektif daripada semua pihak berkepentingan untuk memastikan kejayaan melaksanakan rancangan dan inisiatif ini.

-- BERNAMA

 

 


 





    Berita Lain-lain

Tenaga Boleh Baharu: Pemohonan Kuota Fit 2.0 Dibuka Pada 15 Jan-19 Feb Depan

PUTRAJAYA, 17 Okt (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia mengumumkan permohonan kuota tarif galakan (FiT) 2.0 sebanyak 190 megawatt (MW) akan dibuka bermula 15 Jan hingga 19 Feb tahun hadapan.


Malaysia, Turkiye Teliti Potensi Kerjasama Dalam Bidang Tenaga Hijau - Chang

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye sedang meneliti potensi kerjasama dalam bidang tenaga hijau dan alternatif selaras komitmen Malaysia ke arah penggunaan tenaga lebih lestari dan mesra alam.


MGTC Jalin Beberapa Kerjasama Pada IGEM 2024, Perluas Standard Pengurusan Tenaga

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) menjalin beberapa kerjasama strategik yang menumpukan kepada peluasan standard pengurusan tenaga dan projek tenaga solar.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]