Berita

Malaysia Mampu Jadi Hab Utama Bekal Cip Kuasa Kereta Elektrik - Pm Anwar

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his speech at the Semicon South East Asia 2024 in Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) today. --fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malaysia berupaya muncul sebagai hab utama bagi pembekalan cip kuasa untuk kenderaan elektrik (EV), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berkongsi keyakinan itu, Perdana Menteri berkata cip kuasa itu merupakan komponen penting dalam proses peralihan tenaga serta teknologi penyahkarbonan.

Beliau berkata EV misalnya mengandungi lebih daripada 3,000 cip yang juga dua hingga lima kali lebih banyak berbanding kenderaan dengan kapasiti enjin pembakaran dalaman.

“Menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), kita sebenarnya telah mempunyai pengupaya dasar serta insentif yang tepat untuk syarikat yang mahu mengeluarkan cip itu di sini,” kata Anwar ketika berucap pada persidangan SEMICON Asia Tenggara 2024 di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan menyasarkan untuk mempunyai 40 peratus campuran tenaga utama Malaysia daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) menjelang 2035.

Inisiatif itu bertujuan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 10 juta tan setahun selain mencapai 100 peratus TBB menjelang 2050.

“Kerajaan menyokong (usaha) meneroka teknologi baharu seperti hidrogen hijau, teknologi nuklear dan penyimpanan tenaga berskala besar bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil dan memenuhi matlamat Perjanjian Paris 2015,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata bermula September ini, Akses Pihak Ketiga akan dibenarkan dalam industri bekalan elektrik negara yang membolehkan pihak lain membekal tenaga menggunakan saluran penghantaran Tenaga Nasional Bhd, sekali gus mencerminkan minat pelabur asing yang tinggi terhadap Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


 




    Berita Lain-lain

Universiti Swinburne Sarawak Bangunkan Pusat R&D Tenaga Diperbaharui, Teknologi Avionik

KUCHING, 27 Ogos (Bernama) -- Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak akan membangunkan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sini yang menumpukan kepada tenaga diperbaharui serta sektor avionik berteknologi tinggi.


OCBC Bank Berperanan Penting Dalam Peralihan Tenaga

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- OCBC Bank Singapura yakin mempunyai peranan penting untuk membolehkan pembangunan mampan dan menyokong peralihan tenaga yang adil dengan menawarkan modal kepada projek dan syarikat yang menyumbang secara langsung terhadap peralihan meyakinkan.


Penglibatan Semua Segmen Masyarakat Penting Untuk Capai Kejayaan Peralihan Tenaga - Fadillah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kejayaan peralihan tenaga Malaysia bergantung kepada penglibatan semua segmen masyarakat yang aktif, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]