KOTA KINABALU, 27 Mei (Bernama) -- Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan berikutan penyelenggaraan sedang dilakukan di Stesen Janakuasa Rugading di sini, bermula Sabtu (25 Mei) hingga 2 Jun ini.
Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Adrian Mosigil dalam kenyataan berkata berikutan itu, stesen tersebut tidak dapat menyuntik bekalan antara 65 MW hingga 95 MW ke dalam grid.
Beliau berkata SESB akan memastikan bekalan elektrik kepada pengguna di Sabah dan Labuan kekal stabil, berikutan penutupan stesen janakuasa bebas itu.
“SESB sedaya upaya memastikan tiada catuan bekalan akan berlaku, namun sekiranya catuan bekalan perlu dilaksanakan, beberapa daerah (dicatu) bergilir-gilir pada kadar yang minima, bertujuan menstabilkan sistem grid elektrik negeri ini dan mengelakkan keseluruhan Sabah dan Labuan mengalami ganguan,” katanya.
Adrian berkata secara purata, pemintaan bekalan elektrik pada waktu puncak untuk Sabah dan Labuan sekitar 970 MW hingga 1,160 MW.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]